Hari dimulakan dengan majlis pernikahan yang berlangsung pada waktu pagi. Setelah berhempas pulas, maka ibu saya berjaya juga menyiapkan hantaran dari pihak lelaki yang semuanya adalah 5, 6 dulang. Sepatutnya 5 tapi entah bagaimana ada dulang tambahan yang nak menyibuk. Ikut adat bilangan kena ganjil maka saya sebut 5 dulang tambah 1 lah ya.
Maka sejak belum sempat ayam berkokok lagi sudah dikerah segala isi rumah dan juga ditelefon segala adik beradik dan rombongan pihak kami untuk bersiap sedia berarak ke tempat pernikahan iaitu di Masjid Putrajaya.
Sesampainya di sana kami disambut dengan gerimis pagi, tanda rahmat dari Yang Maha Esa. Setelah bergambar kenang2an di hadapan masjid lebih kurang, kami pun berangkat masuk ke dalam. Sedikit malang apabila adik bongsu pengantin ditahan oleh penjaga masjid kerana memakai kebaya yang jarang di bahagian lengan. Orang dah pesan, pakai elok2 tapi dia degil atau tak dengar, maka dia terpaksalah masuk ke masjid dengan jubah pinjam yang biasanya dipakai oleh pelancong2 yang tak berpakaian sesuai.
Bersedia menunggu tok imam.Hantaran bersusun.
Nervous, bro?
Busu Seman sedang mencari kerusi pelamin.Sewaktu pengantin makan beradab, ada penayangan slaidshow memperkenalkan pengantin kepada para tetamu yang hadir. Maka secara tidak langsung keluarlah muka abangnya ini yang daripada kecil sampai besar saiznya berbeza2, lantas mengundang gelak ketawa pada yang duduk semeja dengan saya. Sabar jelah.
Selesai makan, kedua pengantin memotong kek perkahwinan bersama2 dan selepas itu sesi bergambar. Sambil2 pengantin bergambar dengan tetamu di pelamin, ternampaklah saya akak Ita dan suaminya bergambar berdua di kek pengantin dengan gaya pengantin baru. Teringin juga rupanya.
Lebih kurang pukul 1030 maka majlis pun berakhir dan kami pun berangkat pulang. Masih ada tugas yang saya perlu selesaikan sebelum esoknya menjelang untuk keduri di pihak kami pula. Maka bertungkus lumus jugalah saya menyiapkan papan tanda arah jalan sehingga entah pukul berapa. Esoknya merupakan hari yang bersejarah buat kami sekeluarga, terutamanya kepada pasangan pengantin baru Iman dan Nisa. Sambung ya.










