Rabu, 29 Julai 2009

Aku, Gundam dan Transformers

Ada pepatah yang mengatakan, di dalam setiap lelaki, ada seorang budak kecil (terjemahan terus :p). Ada apa dengan Gundam dan Transformers yang membuatkan kebanyakan lelaki ini lambat menjadi dewasa? Adakah zaman kanak2 sungguh indah sehingga lelaki tidak sanggup meninggalkannya untuk menghadapi dunia yang ganas? Adakah aku salah seorang daripada mereka?

Kebanyakan lelaki seperti aku membesar dengan robot dan mesin2 mainan. Ya mungkin aku dibesarkan di bandar maka semua ini adalah permainan ku. Namun mereka yang membesar tanpa semua ini, misalnya di kampung, mereka tetap ada meriam buluh atau ntah apa lagi permainan buatan sendiri, tetapi mereka tidak pula melakukan semua itu sehingga dewasa.

Jadi mengapakah kita lihat ada saja kereta2 yang menampal sticker Decepticon di cermin2 kereta mereka. Sudah pasti bukan perbuatan anak2 kecil mereka namun adalah perbuatan mereka sendiri walaupun dah jadi bapak2.

Apa yg boleh aku kata, ini semua adalah hasil daripada kapitalisme. Walaubagaimanapun aku tetap kagum dengan taktik perniagaan sebegini yang sanggup berbuat apa saja demi melariskan jualan mereka, sehinggalah kepada mengekalkan keremajaan pemikiran manusia.

Adakah jika pengekalan pemikiran sebegini akan memberi kesan yang buruk terhadap ketamadunan manusia? Mungkin juga. Lelaki yang asyik dengan dunia robot, mesin2 mainan dan permainan elektronik mungkin akan lebih lambat matang, dan ini mengganggu fitrah alam.

Lelaki yang terperangkap di dalam keremajaannya mungkin lambat berkahwin, dan jika berkahwin pun akan hampir pasti bermasalah di dalam rumahtangganya dek kerana minda yang kurang berkembang. Bukanlah aku nak kata yang semua itu berpunca daripada mainan2 ini, mungkin ada lagi faktor lain, namun tidak boleh dinafikan terus penglibatan mainan2 ini bukan?

Aku bukanlah pakar yang boleh keluarkan statistik secara tepat. Ini hanyalah sekadar renungan bersama. Yang penting, jika kita biarkan ianya berleluasa, selagi boleh dijual, kaum2 kapitalis ini akan terus mempromosi mainan2 mereka sehinggalah satu hari nanti Transformers dan Gundam dan permainan2 lain bukan hanya akan dibeli oleh para cucu, anak2 malahan oleh para datuk2 sekali!

Jumaat, 24 Julai 2009

Riadah dan saya

Ini adalah gambar treadmill di bilik saya. Kenapa bilik saya ada treadmill? Kerana saya ingin beriadah namun saya tiada masa untuk keluar maka saya membuat keputusan untuk beriadah di dalam bilik. Ya, jika anda malas keluar riadah, maka bawalah riadah ke dalam bilik anda.

Dan hasilnya, treadmill saya kekal tegak selama beberapa bulan. Adalah beberapa kali ia baring dan berfungsi sebagai treadmill yang sebenar, namun sebahagian besar masanya dihabiskan menjadi tugu yang menyempitkan bilik dan menyakitkan mata (kerana ada rasa perlu riadah namun tetap malas dengan pelbagai alasan).

Maka atas nasihat Sarah, saya telah mengeluarkannya dari bilik dan fikiran saya kembali lapang. Bagaimana dengan riadah? Oh saya ambil keputusan untuk riadah seadanya. Ya saya manusia yang lemah. Namun bagi saya jika tidak dapat buat cara ini, kita cuba cara lain.

Sebenarnya saya suka berjoging. Dahulu saya selalu berjoging. Saya nikmati larian2 saya. Saya sukakan masa saya dapat bersendirian sebegitu. Rasa aman dan tenang dan komunikasi dengan diri lebih berkesan. Maaf jika tidak faham ayat saya.

Namun suka tak bermakna saya ingin buat selalu. Tak bermakna saya ingin buat pun. Sekadar suka saja kerana pernah buat. Jika di masa depan ada rezeki saya berjoging, saya rasa saya tetap akan sukakannya.

Oh ya, joging di sini bermaksud di taman atau di tempat terbuka dan larian yang bergerak. Saya tidak suka joging di atas treadmill. Saya dah pernah cuba dan saya tak suka. Mungkin itu sebabnya ia lebih banyak tegak daripada baring. Namun tak suka tak semestinya bermakna saya tak akan buat lagi. Jika kena gayanya, ruang yang luas dan aliran angin yang bagus, mungkin saya boleh jadi suka. Saya cuma tak suka joging di atas treadmill di dalam bilik. Rasa sesak dan sebu.

Kesimpulan di sini, riadah itu tempatnya di luar bilik atau di luar rumah, maka janganlah bawa ke dalam bilik. Sudah bukan riadah namanya, tapi buang tabiat.

Rabu, 22 Julai 2009

Ikan dan Saya


Pada satu hari saya teman ibu saya pergi membeli mesin jahit. Di kedai mesin jahit itu, selain mesin jahit yang tersusun berpuluh2 biji, terdapat juga sebuah akuarium yang besar. Taklah besar sangat, namun jika dibanding dengan akuarium rumah saya, boleh dikatakan besar.

Sudah banyak akuarium yang saya lihat di kedai2 mahupun di restoran2 namun akuarium kali ini adalah sedikit berbeza. Ini adalah kerana di kedai mesin jahit ini, akuariumnya adalah akuarium air masin. Macam mana nak tau air masin ke tidak? Anda boleh celup jari dan rasa dgn lidah anda samada masin atau tidak. Namun ada cara yang lebih mudah tapi perlu sedikit pengetahuan.

Tengoklah ikan2 yang berenang di dalamnya. Kalau ada ikan nemo, dory, atau paus, maka ianya adalah air masin kerana ikan2 itu adalah ikan laut. Jika ikan2 di dalamnya tidak dpt dikenalpasti, maka terpaksalah celup jari anda dan rasa airnya (risiko tanggung sendiri ya!).

Walaubagaimanapun, akuarium di kedai mesin jahit itu sgt cantik seperti di dalam gambar di atas. Mungkin gambar tak cantik sangat apatah lagi ikan2 tidak tahu duduk diam apabila saya ingin mengambil foto mereka. Namun begitu, jika dinikmati dengan mata kasar, memang mengasyikkan.

Mungkin kerana saya berbintang pisces maka saya ada kecenderungan untuk menyukai ikan, tapi memang saya tidak nafikan, saya boleh melihat ikan2 berenang di dalam akuarium berjam2 lamanya. Lagi2 jika ikan2 itu yang daripada jenis eksotik atau ikan karang macam nemo dan rakan2. Kalau setakat ikan kembung, ianya macam melihat lauk makan tengah hari saya berenang2, lantas membuatkan saya lapar pula.

Saya boleh bercerita pasal ikan sepanjang hari, mungkin akan terulang cerita tapi sememangnya banyak kisah saya dengan ikan, samada kisah pahit, manis mahupun 3 rasa dan sweet sour yummm.. Hm tengok tu sekejap saja cerita boleh terpesong, mungkin saya lapar.

Walaubagaimanapun, setakat ini saya kenal seorang saja kawan yang mempunyai akuarium air masin di rumahnya, dan daripada cerita2nya, nampaknya saya tak mampu untuk menjaga akuarium air masin yg memang serba leceh. Tapi bila tgk hasilnya, hmm memang berbaloi.



Saya rasa biarlah saya menjaga akuarium di rumah yang kini ada 2 ekor ikan emas yang semakin hari semakin buncit dek dimanjakan oleh penjaganya ini. Orang kedai tempat saya beli ikan2 ini kata, beri mereka makan 10 ketul saja makanan ikan sehari, jangan terpedaya dengan wajah comel mereka dengan mulut terbuka terkatup meminta makanan. Ini kerana mereka boleh makan tak berhenti sampai mereka mati. Tapi saya kesian juga kadang2 lalu beri mereka 2 kali sehari, lantas buat mereka jadi gemuk setanding dengan Dennis. Siapa Dennis? Nanti saya cerita lain kali ya.

Selasa, 21 Julai 2009

Kucing dan kereta

Satu malam aku tgh parking kete kat shell utk beli barang sekejap, pastu aku nampak kat kete sbelah ada sekor kucing tgh baring kat area windshield belakang.
Dalam kete tu pulak penuh dgn satu family dalam 5 orang cmtu dan budak2lah yg duduk kat belakang tu dgn kucing. Somehow nampak cute kucing tu duduk kat situ. Tak takut agaknya bila kereta bergerak.
Aku teringat zaman dulu2 aku pernah gak bwk kucing dlm kete tp masyaAllah, sabar jelah. Dia punyalah takut sampai takleh duduk diam. Aku dah risau kucing tu muntah ke terbuang air ke mampus..sib baik takde apa2.
Anyway lepas2 tu takde bwk kucing naik kete dah. Kalau ada pun dalam kotak, dan tu pun specifically utk disposal..ops.. Heheh..

Khamis, 2 Julai 2009

Satu





Segalanya bermula dengan satu,

Satu hari hingga satu tahun,

Satu patah jadi satu naskhah,

Satu nafas kepada satu kehidupan,

Satu langkah sampai satu perjalanan,


Syukur kujulang atas izin-Nya,

Datang satu ini dan moga datang seterusnya,

Kupanjatkan doa agar satu ini hanya,

Satu daripada seumur hidup kita..



Selamat Ulangtahun yang pertama sayang!




Nadir
2 Julai 2009