Jumaat, 26 Februari 2010

Selamat Hari Jadi dan Salam Maulidur Rasul!

Selamat Hari Jadi ingin diucapkan kepada Sarah, semoga gembira dan sihat sentiasa serta dimurahkan rezeki. Love you sayang..

Hari ini juga menandakan cukup setahun blog ini bermula. Banyak pahit manis kehidupan yang telah saya harungi selama setahun ini dan blog ini menjadi saksi kepadanya.

Moga kami dapat mengharungi tahun2 berikutnya dengan penuh kesabaran dan semangat yang kuat, InsyaAllah.

Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada akak Maria Kajiwa dan semua yang menyambut ulangtahun kelahiran pada hari ini.

Kebetulan juga hari ini merupakan MaulidurRasul iaitu ulangtahun kelahiran Rasul kita Muhammad SAW. Salam Maulidurrasul kepada semua, moga hari ini membawa keberkatan kepada kita semua.

Sekian nukilan pendek daripada saya sempena kedatangan 26 Februari 2010 ini. Jumpa lagi di post yang akan datang!