Selasa, 28 April 2009

Ulasan Filem : The Darkling

Foto ihsan IMDB.com



Memandangkan blog ni dah lama saya tak update, sebab saya dah lama tak jalan2, tu sebab tak update. Kalau nak tunggu jalan2 baru update mau setahun 2 3 entri je kot. So kali ni nak update jugaklah, walaupun bukan dengan entri jalan2. Disebabkan selain jalan2, saya suka tgk movie, dan memang banyak tengok wayang, dvd mahupun hbo dsb kat astro tu. So saya ingat saya nak tulis reviu movie2 yang saya tengok, just for the sake of sharing. Ok here goes.

Weekend baru ni saya tengok filem The Darkling kat Max (Astro). Filem ini adalah tentang seorang lelaki yang mempunyai sebuah keluarga bahagia. Pada suatu hari lelaki itu yang bernama Jeff telah didatangi oleh seorang hartawan pengumpul barang2 pelik. Hartawan yang bernama Rubin itu bagaikan dapat membaca isi hati Jeff yang pada luarannya kelihatan gembira dengan hidupnya, namun di dalam diam merasakan tidak cukup dengan apa yang ada.

Jeff yang merupakan seorang bekas mekanik yang pakar di dalam bidang automotif telah diambil bekerja oleh Rubin sebagai mekanik untuk koleksi kereta2 mahalnya dan juga sebagai penasihat jika Rubin ingin membeli kereta2 antik yang lain. Tiadalah Jeff tahu yang Rubin mempunyai agenda di sebalik persahabatannya dengan Jeff. Pada suatu hari yang malang, Jeff dan isterinya telah mengalami kecelakaan jalanraya dengan kereta yang diberi pinjam oleh Rubin. Isteri Jeff, Marla telah kehilangan nyawanya menyebabkan Jeff hilang punca dan menjadi murung.

Rubin mengambil kesempatan ini untuk memujuk Jeff. Dia menunjukkan kepada Jeff sebuah koleksi miliknya yang juga merupakan rahsia kejayaan dan kekayaannya. Rupa-rupanya Rubin mempunyai seekor makhluk yang selama ini membantunya meraih kekayaan. Jeff inginkan makhluk tersebut dan Rubin dengan senang hati memberikannya. Dengan nasihat makhluk yang dipanggil 'The Darkling' itu, Jeff juga mula memperolehi kekayaan demi kekayaan. Namun pada masa yang sama, hidupnya juga sedikit demi sedikit menuju ke arah kehancuran.

Sehinggalah anak perempuan Jeff mula diganggu oleh makhluk tersebut, barulah Jeff sedar yang selama ini dia telah memilih jalan yang salah. Makhluk itu hanya ingin menghancurkan hidup tuannya sebelum mencari tuan yang baru. Mampukah Jeff kembali ke pangkal jalan dan seterusnya melepaskan dirinya dan anaknya daripada cengkaman makhluk jahat itu. Tak perlulah saya cerita sampai penamat ya, heheh.

Pada asasnya, cerita ini meletakkan seekor makhluk misteri yang menganggap dirinya bayang-bayang kepada tuannya. Konsep bayang-bayang ini saya dapati sangat menarik. Mesej yang saya dapati daripada cerita ini ialah di dalam dunia realiti ini pun, setiap orang akan dihasut oleh syaitan yang ingin melihat kehancuran dan kesesatan manusia. Ianya terpulang kepada setiap individu untuk membuat pilihan. Jeff mungkin tersalah membuat pilihan pada awal cerita ini. Trauma kehilangan isterinya menyebabkan Jeff mudah terpengaruh oleh makhluk itu yang menghasut rasa iri hati dengan kekayaan Rubin yang menyebabkannya memilih untuk mengikut kata 'syaitan'.

Saya tahu ramai yang tidak pernah dengar tentang filem ini, termasuklah saya. Saya tak kenal pun pelakon2 utama filem ini kecuali anak perempuan Jeff dan Marla, iaitu Casey yang dilakonkan oleh Skye McCole Bartusiak sewaktu dia kecil. Saya ingat dia kerana wataknya di dalam filem The Patriot sebagai Susan, anak bongsu Mel Gibson yang sangat comel. Tapi itu bukanlah sebab utama saya menonton. Saya memang suka menonton filem kelas B, selagi jalan ceritanya bagus dan punyai pengajaran yang dpt kita manfaatkan bersama.

Okay setakat ini sahaja ulasan filem saya kali ini. Lainkali kalau saya tengok cerita menarik lagi, saya akan kongsikan bersama. Ingatlah, wayang siapa kalau bukan wayang ki.. aah diamlah cukup-cukuplah tu. Jumpa lagi.

P.S : Saya bagi citer ni 3.5 bintang daripada 5 sebab permainan bahasa 'bisikan syaitan' yang menarik oleh "The Darkling" terhadap mangsa-mangsanya. Syabas untuk penulis cerita, Preston Sturges, Jr.