Selasa, 31 Ogos 2010

Hari Kemerdekaan yang ke-53!



Salam semua,

Hari ini kita menyambut Hari Kemerdekaan negara Malaysia yang ke-53. Setiap kali hari ini menjelang tiba, saya akan bertanya kepada diri sendiri, "Apakah yang telah kau sumbangkan kepada negaramu?". Dan jawapan "cukai" tak boleh dijadikan jawapan kerana warga asing yang berada di Malaysia ini pun bayar cukai juga.

Jadi kali ini apakah jawapan saya? Saya tidak mempunyai sebarang sumbangan yang nyata berbentuk wang ringgit atau harta benda, namun saya tahu yang jika sepanjang tahun lepas saya telah mengubahbaik taraf hidup saya, maka itulah sumbangan saya terhadap negara ini. Sebagai sumber manusia yang berkualiti dengan jati diri bangsa Malaysia.

Apakah yang berkualiti itu? Kereta baru? Rumah baru? Tak semestinya ya. Maksud saya apa saja kemajuan dari segi kehidupan, pencarian ilmu, kematangan fikiran, pemilihan cara hidup yang lebih baik dan lain-lain contoh bukan material juga adalah termasuk di dalam kualiti insan. Misalnya jika masa muda dahulu saya sering menghabiskan masa lapang dengan pergi menonton wayang atau pun berlegar2 di shopping kompleks (seperti ramai anak muda masakini lakukan), sekarang ini saya lebih cenderung menghabiskan waktu senggang dengan kerja2 berfaedah. Adakah maksud saya tengok wayang itu tak berfaedah?? Jika anda kata ianya berfaedah, dulu memang saya sependapat dengan anda, namun sekarang tidak lagi. Kalau dah tiap2 minggu tengok wayang tu, apa sangatlah faedah yang boleh dapat. Fikir2kanlah sendiri ya.

Jika boleh saya ingin menyumbang dengan lebih besar lagi kepada negara ini. Saya pasti semua rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini juga pastinya ingin menyumbang demi kebaikan negara dan rakyat keseluruhannya. Oleh itu, sama2lah kita berniat yang kita akan berbakti untuk negara kita, dan insyaAllah secara tak langsung apa jua yang kita lakukan akan mendekati ke arah yang kita niatkan itu.

Cukuplah setakat ini entri yang skema habis daripada saya. Setahun sekali rasa patriotik pun sejuta kali lebih bagus daripada orang yang langsung tak rasa apa2 pun pada hari kemerdekaan ini. Oklah, sehingga berjumpa lagi di Hari Kemerdekaan tahun hadapan, jangan lupa menyumbang sesuatu untuk negara kita yang tercinta ini ya!

Wassalam.