Memaparkan catatan dengan label saya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saya. Papar semua catatan

Selasa, 18 Ogos 2009

Saya Dennis

Hello!


Hai, nama saya Dennis. Saya tinggal bersama tuan punya blog ini dan keluarganya. Saya seekor kucing jenis bulu panjang. Dari keluarga kucing yang mana tak pasti pula saya. Namun jenis keluarga saya memang gemuk2, dan bukan kerana saya yang gemuk. Keturunan.

Saya dipanggil Dennis oleh tuan saya, Emi, tetapi saya juga dipanggil Danish oleh abang Emi dan anak2 saudara dia, manakala saya dipanggil Gemok oleh tuan punya blog ini. Macamlah beliau kurus sangat!

Walaupun saya kucing gemuk, saya cukup suka bersenam. Saban hari saya boleh dilihat merata2 tempat berhampiran kawasan rumah. Berjalan memang boleh menyihatkan badan. Dan membuatkan saya cepat lapar!


Laparnya!

Bila saya lapar saya akan balik rumah dan buat bising untuk menarik perhatian tuan rumah. Saya suka melihat mereka menuang friskies ke dlm mangkuk makanan saya. Dan saya selalu kena marah dek tuan punya blog ini sebab bila beliau nak tuang saja, beliau lihat makanan masih banyak. Saya nak kata apa pulak, saya mengiau saja, tak semestinya saya lapar!

Oh ya kalau nak tahu, walaupun nama saya Dennis, saya sebenarnya adalah seekor kucing betina. Ya betul, jangan pandang pada rupa saya yang segak ini. Saya bukan kucing pengkid ya.

Yang bestnya, tuan punya blog ni baru tahu yang saya betina 2 3 bulan lepas, setelah setahun lebih saya tinggal bersama dia. Apalah dia tu, saya kalau sekilas ikan emas di dalam akuarium tu, saya dah tahu dah jantan ke betina. Sedap ke tak sedap pun saya tau heheh..

Hm tapi takpe, tuan punya blog ni suka urut saya. Dan bila dia urut, hwaaargh tak boleh tahanlah, memang syiokk. Sampai saya gigit2 tangan dia hahah..haa ok lebih2 la pulak. Nanti gf dia marah.

Hwaaargh!!


Ok sampai sini saja cerita saya. Nanti saya sambung lain waktu ya. Dah lapar ni, nak pegi makan lagi!!

Yang comel,
Dennis aka Gemok

Rabu, 22 Julai 2009

Ikan dan Saya


Pada satu hari saya teman ibu saya pergi membeli mesin jahit. Di kedai mesin jahit itu, selain mesin jahit yang tersusun berpuluh2 biji, terdapat juga sebuah akuarium yang besar. Taklah besar sangat, namun jika dibanding dengan akuarium rumah saya, boleh dikatakan besar.

Sudah banyak akuarium yang saya lihat di kedai2 mahupun di restoran2 namun akuarium kali ini adalah sedikit berbeza. Ini adalah kerana di kedai mesin jahit ini, akuariumnya adalah akuarium air masin. Macam mana nak tau air masin ke tidak? Anda boleh celup jari dan rasa dgn lidah anda samada masin atau tidak. Namun ada cara yang lebih mudah tapi perlu sedikit pengetahuan.

Tengoklah ikan2 yang berenang di dalamnya. Kalau ada ikan nemo, dory, atau paus, maka ianya adalah air masin kerana ikan2 itu adalah ikan laut. Jika ikan2 di dalamnya tidak dpt dikenalpasti, maka terpaksalah celup jari anda dan rasa airnya (risiko tanggung sendiri ya!).

Walaubagaimanapun, akuarium di kedai mesin jahit itu sgt cantik seperti di dalam gambar di atas. Mungkin gambar tak cantik sangat apatah lagi ikan2 tidak tahu duduk diam apabila saya ingin mengambil foto mereka. Namun begitu, jika dinikmati dengan mata kasar, memang mengasyikkan.

Mungkin kerana saya berbintang pisces maka saya ada kecenderungan untuk menyukai ikan, tapi memang saya tidak nafikan, saya boleh melihat ikan2 berenang di dalam akuarium berjam2 lamanya. Lagi2 jika ikan2 itu yang daripada jenis eksotik atau ikan karang macam nemo dan rakan2. Kalau setakat ikan kembung, ianya macam melihat lauk makan tengah hari saya berenang2, lantas membuatkan saya lapar pula.

Saya boleh bercerita pasal ikan sepanjang hari, mungkin akan terulang cerita tapi sememangnya banyak kisah saya dengan ikan, samada kisah pahit, manis mahupun 3 rasa dan sweet sour yummm.. Hm tengok tu sekejap saja cerita boleh terpesong, mungkin saya lapar.

Walaubagaimanapun, setakat ini saya kenal seorang saja kawan yang mempunyai akuarium air masin di rumahnya, dan daripada cerita2nya, nampaknya saya tak mampu untuk menjaga akuarium air masin yg memang serba leceh. Tapi bila tgk hasilnya, hmm memang berbaloi.



Saya rasa biarlah saya menjaga akuarium di rumah yang kini ada 2 ekor ikan emas yang semakin hari semakin buncit dek dimanjakan oleh penjaganya ini. Orang kedai tempat saya beli ikan2 ini kata, beri mereka makan 10 ketul saja makanan ikan sehari, jangan terpedaya dengan wajah comel mereka dengan mulut terbuka terkatup meminta makanan. Ini kerana mereka boleh makan tak berhenti sampai mereka mati. Tapi saya kesian juga kadang2 lalu beri mereka 2 kali sehari, lantas buat mereka jadi gemuk setanding dengan Dennis. Siapa Dennis? Nanti saya cerita lain kali ya.