Ahad, 26 Februari 2012
Selamat Menyambut 26 Februari.
Isnin, 1 Ogos 2011
Salam Ramadhan
Salam semua,
Kini kita telah melangkah masuk ke dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Doa saya agar kita dapat mengambil peluang untuk mengaut sebanyak2 keberkatan yang Allah S.W.T limpahkan kepada semua hambaNya di bulan yang mulia ini.
Bagi yang ingin mengubah hidup kepada yang lebih baik, bulan Ramadhan ini adalah sebaik2 waktu permulaannya. Saya juga mempunyai azam untuk mengurangkan berat badan sepanjang bulan puasa ini dan seterusnya sehingga Raya dan lalalala... Sama2lah kita berdoa agar niat kita diluruskan dan doa dan harapan kita diterima dan dimakbulkan Tuhan. Namun begitu janganlah berdoa saja, usaha pun penting juga kan. Insya-Allah.
Baiklah izinkan saya bertanya, apakah azam anda untuk menyambut Ramadhan kali ini?
Isnin, 6 Jun 2011
Pemergian seorang sepupu.
Salam semua,
Hujung minggu lepas merupakan hujung minggu yang sibuk. Sempena cuti sekolah, maka banyak pula wedding yang berlangsung, dan jemputan melimpah ruah.
Namun begitu, bagi keluarga saya, hujung minggu lepas bermula dengan berita buruk. Pada petang Jumaat, seorang sepupu saya belah ayah telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Allahyarham selamat dikebumikan pada malam itu juga pada jam sepuluh malam begitu.
Cuma satu perkara saja yang buatkan saya sedikit terkilan (selain pemergian arwah), iaitu apabila arwah selamat dikebumikan, dan bacaan talqin bermula. Tok Imam pada malam itu bersikap agak kurang sensitif dengan memulakan talqin dengan kata-kata yang berunsur sindiran. Katanya inilah akibatnya anak-anak muda sekarang yang bawa motor tak berhati-hati. Lebih kurang begitulah maksudnya.
Memanglah arwah meninggal dunia akibat kemalangan motor. Namun begitu tak adillah jika terus menghukum arwah begitu, sedangkan beliau tidak kenal pun arwah mahupun keluarganya. Lebih-lebih lagi di hadapan ayah dan ibu dan adik beradikserta saudara mara arwah. Mungkin juga niatnya untuk beri peringatan kepada rakan-rakan arwah yang ramai hadir dengan motosikal, namun pada saya, ianya kurang sesuailah. Hadir ke pengkebumian saja sudah cukup memberi keinsafan pada semua, tidak perlulah disebut-sebut, lagi pula dengan nada sindiran. Bukan saya saja yang berpendapat begini, rata2 saudara mara saya juga berpendapat yang sama tentang Tok Imam tu.
Ini merupakan kehilangan kedua dari kalangan sepupu saya akibat kemalangan motosikal. Walaupun hidup mati adalah suratan Allah SWT, namun saya tetap mengambil iktibar bahawa risiko menunggang motosikal adalah tinggi. Walaupun kini saya tidak menunggang motor lagi, namun kita perlu sentiasa peka dengan penunggang2 motor di sekeliling kita. Setiap kali hendak memusing stereng, perhatikanlah dahulu cermin sisi kalau2 ada motor di kiri atau kanan kenderaan kita.
Saya akan terus mendoakan arwah agar mendapat tempat di sisi orang2 bertakwa, insyaAllah. Moga roh Allahyarham Muhamad Haidar dicucuri rahmatNya.
Al-Fatihah.
Selasa, 15 Mac 2011
Krisis Nuklear Jepun : Patutkah kita berasa risau?
Salam semua,
Entah kenapa hati ini berasa risau. Ya, risau ini memang tentang bencana yang menimpa Jepun. Sejak Jumaat lepas, saya sememangnya mengikuti perkembangan tentang bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Jepun. Namun malam ini saya risau. Mengapa?
Kerana bencana ketiga yang melanda, iaitu kemalangan nuklear di reaktor nuklear Fukushima. Sejak hujung minggu saya semakin lama semakin rapat mengikuti perkembangan kemalangan nuklear ini. Sejak letupan di bangunan reaktor 1 sehinggalah pada malam ini entri ini ditulis, bangunan reaktor ke3 dan ke2 juga telah mengalami letupan dan reaktor ke4 pula mengalami kebakaran.
Itu yang merisaukan saya. Di dalam tiga hari ini, semua orang, semua agensi, semua kerajaan cakap rileks rileks jangan takut, ianya tak bahayakan manusia, radiasi terlalu kecil dan macam2 lagi, tapi hakikatnya? Dalam 3 hari 3 reaktor mengalami letupan! Apa yang nak rileknya?
Dan pada malam ini, lebih 12 jam setelah reaktor ke2 mengalami letupan (saya tak kata reaktor meletup, sebab yang meletup adalah bangunan yang menutupi reaktor tu saja), masih tak ada berita yang mengatakan ini adalah satu kecemasan. Mengapa?
Ya, saya tahu kalau cemas pun bukan boleh buat apa. Kalau dah nak meletup tu, bukan boleh lari mana dah. Tokyo ada 20 juta orang. Nak lari mana? Mungkin juga ini salah satu sebab mengapa kerajaan Jepun sendiri pun tak mahu bising2, atau pun memang tak boleh buat apa kalau bencana nuklear berlaku.
Ok, sila kata saya panik terlebih jika anda baca entri ini selepas Jepun sudah aman damai semula tanpa sebarang malapetaka. Saya tak rasa bersalah pun. Laagi bagus kalau takde sebarang malapetaka. Harap2 memang takde malapetaka. Hish cukuplah asik dok sebut perkataan tu je.
Pada saya, kebimbangan saya berasas. Ada 6 reaktor di Fukushima Daiichi Plant. Hari demi hari, satu persatu jadi tak stabil dan mengalami letupan. Pada masa ini diberitakan reaktor 5 dan 6 pun mungkin mengalami masalah penyejukan. Dan lagi baru 10 minit tadi, tahap krisis nuklear di Fukushima dinaikkan daripada level 4 ke level 6. 6 weh! Skala krisis nuklear ada dari 0 sampai 7 saja. Dan 7 bersamaan dengan Chernobyl, dah kira total disaster. Jadi, pada pendapat seorang manusia waras, adakah perkembangan ini positif?
Ditambah pula dengan gempa susulan yang masih berlaku. Ya diberitakan semakin kurang. Sabtu hari tu 150 gempa susulan. Hari ni dalam 50 saja. 50 weh. Kurang pun tak cukup jari nak kira tu. Dan setengah jam lepas kawan di Tokyo kata ada lagi gempa susulan pada skala 6. Mintak selisihlah segala kejadian yang tak diingini, gempa susulan itu kuasa Tuhan. Cuma risau saya bila reaktor2 yang tak stabil tu bergegar2 50 kali sehari. Bayangkanlah sendiri ya.
Ada orang kata, kita tak boleh buat apa2. Memanglah, bukan boleh tahan gempa dengan tangan. Namun begitu, perkara yang kita boleh buat, kita harus buat. Terus terang kalau saya berada di Jepun sekarang, memang saya akan larikan diri sejauh yang boleh daripada Fukushima. Ya, kita boleh lari bawa diri dan keluarga. Ajak ramai2 kalau malu lari sorang2. Bukan bermakna kita takut mati. Cuma Tuhan dah kasi akal, dan kita gunakan akal saja.
Jangan tunggu orang. Kita fikir ianya terbaik untuk kita, maka kita buat. Bencana tidak mengira berapa ramai. Tsunami telah telan beratus2 nyawa. Dan dia tak tengok pulak 'oh, kat sana ada 2000 orang berkumpul, ramai tu, kita tak payah kacau merekalah'. Tak, dia telan apa saja yang berada di laluannya. Radiasi juga sama.
Bukanlah niat saya hendak menakut2kan sesiapa. Cuma nasihat saya, jika anda berada di radius kawasan Fukushima, silalah takut. Silalah ambil tindakan sewajarnya. Larilah. Wang boleh dicari, kerja boleh dicari, rumah boleh dibina semula. Nyawa kita satu ini saja. Ya, kalau takdir kita mati, di dalam bilik air pun Tuhan boleh cabut nyawa. Tapi ingatlah, Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubahnya sendiri.
Kalau anda lari dan tiada apa2 berlaku dan semuanya selamat, Alhamdullillah syukur kita kepada Tuhan. Pulanglah semula ke Tokyo itu. Kalau anda lari dan berlaku malapetaka (minta dijauhkan), Alhamdullillah anda selamat juga kerana telah lari, InsyaAllah.
Doa saya agar kebimbangan saya ini setakat malam ini saja dan moga keadaan tidak menjadi lebih buruk lagi, InsyaAllah.
*sumber perkembangan nuklear utama saya :
http://blogs.aljazeera.net/live/asia/japan-crisis-live-blog
Ahad, 27 Februari 2011
Memancing
Adik saya dah dapat sekor ikan patin, bapak saya pun dah dapat sekor tilapia kot tah apa ikan tah tadi, tapi saya belum dapat lagi. Ikan sedang main dan melompat2 di permukaan air. Sungguh mengujakan.
Harap2 dapat ikanlah juga kali ini. Ok enjoy weekend anda!
Sabtu, 26 Februari 2011
Happy Birthday to you, to me, and to this blog !!!!
Hari ini 26 Februari!!!!! Happy Birthday saya ucapkan kepada yang tersayang Sarah, semoga terus sihat sentiasa dan ceria selalu.. love you sayang!
Juga ingin saya ucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran kepada akak Maria, moga dikurniakan kesihatan untuk melakukan apa yang akak suka.. iaitu menulis. Kesihatan mesti diutamakan ya kak.
Sempena tarikh keramat yang juga merupakan nama blog ini , mula2 ingatkan nak post lagu ke tapi tengoklah ni dah petang baru nak tulis post. Kalau sibuk nak buat post lagu bagai karang ada yang tak sempat siap hari ni pulak nanti. Salah sayalah, tak plan awal2.
Bagaimana perjalanan harijadi saya hari ini? Hm.. pagi tadi bangun lewat sedikit pukul 9 dan mengadap pc sampai pukul 10. Lepas tu keluar pergi basuh kereta dan bfast(?) di seksyen 7 sana. Balik rumah siap2 untuk ke wedding kawan di Shah Alam.
Pergi wedding pukul 1dan pulang pukul 3. Singgah di bengkel kereta di PJ dan servis kereta. Lepas tu baru pulang ke rumah. Malam ini mungkin pergi makan dengan keluarga sebab babah balik sebentar dari Brunei.
Begitulah adanya perjalanan sehari pada harijadi saya. Tiada yang istimewa, namun tidak perlulah ada birthday blast ke apa ke kerana sedar diri ini sudah tua. Dapat sambut harijadi di dalam suasana aman damai, dan dapat ke sana ke mari menguruskan hidup dengan lancar dan sihat pun pada saya dah cukup syukur Alhamdullillah.
Cuma tahun ini saya tak dapat sambut harijadi bersama Sarah tersayang sebab dia ada urusan di Melaka. Tak apalah, tahun depan boleh sambut bersama pula kan sayang. Hugs and kisses from far for you!
Hari ini ingat nak bercuti menulis sehari, tapi smalam pun saya tak menulis so hari ni kena menulis! Tulis apa? Ni tulis blog ni, menulis la ni heheh..
Oklah jam pun dah dekat pukul 7malam. Sebelum mengundur diri, saya ingin mengucapkan happy birthday kepada semua yang menyambut hari jadi pada hari ini, di Malaysia atau di mana2 saja di seluruh dunia.
InsyaAllah moga kita dapat bertemu lagi pada tarikh yang sama tahun hadapan, jika dipanjangkan umur olehNya. Amin..
Selasa, 15 Februari 2011
sfc /scannow
Ya aku tau benda alah ni memang dah lama ada dan sepatutnya berguna untuk penyelesaian permasalahan windows seharian, namun sehingga hari ini, ini kali pertama ianya berguna padaku.
Selama ini pun bila aku guna, ianya tak lebih daripada sekadar satu step yang perlu dicuba sebelum cuba step lain, dan memang tak pernah berjaya selesaikan apa2 masalah sebelum ini.
Ok sebelum bebel tak abis2 baik aku cakap apa masalah yang dapat diselesaikan dengan windows command yang satu ni.
Masalah aku adalah IE7 aku yang corrupted dan tak boleh launch. Dah berkali2 reinstall dan siap cuci segala dengan ccleaner suma pun masih tak boleh juga. Masalah ni berterusan selama berminggu2.
Ada masa je aku cuba google untuk cari penyelesaian namun tak ada yang berkesan.
Akhirnya pada hari ini aku google lagi dan jumpa lah satu forum ni yang cadangkan aku guna regsvr32 dan sfc /scannow. Oleh sebab aku tak rajin nak belajar lanjut pasal regsvr32 so aku pilih untuk guna sfc /scannow je.
Dan whalla! lepas siap je scan, terus IE7 aku jadi sihat walafiat seperti asal. Berkat maulid rasul, aku bersyukur.
Ok tu je nak bebel, lepas ni kalau ada problem pasal windows app seperti IE, Office, Explorer dan sebagainya, boleh lah cuba command line yang satu ni ya.
Caranya, start- run - taip sfc /scannow dan tekan enter. Lepas tu biar dia scan dan fix apa yang patut.
Kalau tak baik juga, sila google cara lain ya. Ok itu saja entri geek untuk kali ini.
*edit 16/2 petang : Masalah masih belum dpt diatasi namun sudah ada workaround dan IE7 sudah boleh digunakan.
*edit 24/2 : akhirnya re-profile windows baru setel segala masalah. haish windows ni cepat betul korup profilenya..
Isnin, 14 Februari 2011
Salam Maulidur Rasul
Jangan duk sibuk ingat valentine je ya. Dan untuk yg takde cuti macam saya, selamat bekerja.
Yang bercuti pula, biarlah hari cuti anda ada produktiviti agar lebih bermakna.
Dan untuk yang memilih hari ini untuk membina masjid, saya ucapkan selamat pengantin baru dan juga selamat menyambut ulangtahun hari perkahwinan.
Ok jumpa lagi!
Selasa, 8 Februari 2011
Kembali
Life is just full of surprises.. insyaAllah aku akan hadapinya sebaik mungkin. Ok apa2 hal pun makan dulu!
Isnin, 25 Oktober 2010
Dengan ini, raya tahun depan makin banyaklah bajet yang perlu disediakan. Tapi yalah orang putih kata, the more the merrier kan.
Dia belum diberi nama lagi, so buat masa ni dipanggil baby saja, sama dgn baby yg dlm sangkar di depan rumah.
Hari ni baby dan ibunya dah pulang ke hometown ibunya di penang untuk dijaga oleh neneknya.
Next time jumpa umurnya dua bulan nanti. Moga besar dgn sihat ya baby!
Isnin, 18 Oktober 2010
Cubalah..dan lihat bagaimana anda rasa..
Selasa, 31 Ogos 2010
Hari Kemerdekaan yang ke-53!

Isnin, 12 Julai 2010
Piala Dunia 2010
Saya berada kat kedai makan seawal jam 1pagi lagi, dan kami tdak bersendirian. Memang dah ramai juga yg menunggu. Semakin dekat jam 2pagi, semakin ramai orang datang sehingga pihak kedai makan kekurangan meja dan kerusi. Itupun meja-meja extra sudah banyak dibuka sehingga menutupi jalanraya.
Suasana bertambah meriah bagaikan bukan jam dua pagi dan bagaikan esoknya bukan hari isnin yang dibenci. Pekerja kedai mula melaung2kan order menambah lagi kemeriahan awal pagi itu.
Sepak mula tepat pada jam 230 pagi dan bermulalah sesi sorak sorai setiap kali cubaan tersasar dan pemain2 kesayangan dikasari dan mengasari (baca:van bommel ).
Sehingga ke hujung2 perlawanan yang semakin tegang memang penonton semua tidak senang duduk. Akhirnya sepanyol menang juga dengan jaringan hebat Iniesta pada masa tambahan tambahan(ya dua kali tambahan).
Walaupun pasukan yang saya sokong kalah, saya tak kisah pun sebab pasukan yang saya betul2 sokong dh kalah masa semifinal dengan spanyol. Tu sebab saya sokong belanda. Tp nampaknya penyokong2 german yg berfikiran sama dgn saya turut kecewa malam smalam.
Piala dunia kali ini meninggalkan bnyk kenangan pada saya. Antaranya ialah persaingan kwn2 yg dah kawin yg masing2 berlagak sesama mereka jika dpt kebenaran menonton di luar walaupun kena balik awal siap bungkus teh ais untuk isteri tercinta. Membuatkan kami yg bujang ini puas gelak melihat telatah mereka. Yalah belum kawin lagi, baik gelak puas2, betul tak.
Dan satu lagi kenangan adalah status2 fesbuk yg penuh dengan bahsa2 asing yang fancy2 (kecuali penyokong england yg boleh pakai english saja wakakak) hanya untuk nampak cool, dan juga kekecohan tentang ramalan sotong bernama Paul yang sentiasa tepat. Mungkin lepas ini ada yg bawa sotong ke dewan peperiksaan dan suruh sotong pilih jawapan, pasti gerenti lulus.
Dan antara kenangan yang paling best adalah vuvuzela yg dibelikan oleh kawan saya di s.africa, dan saya sempat meniupnya berkali2 sewaktu pasukan saya German membenam argentina tempoh hari. Tak dpt tiup di stadium, tiup di kedai mamak pun layan! Puas hati betul! Heheh..
Empat tahun lagi, entah apa yang akan berlaku. Namun apa yg dh dilalui tak mungkin berulang dan kita sematkan saja sbg kenangan. Selamat tinggal Piala Dunia 2010!
Rabu, 30 Jun 2010
Seikat kertas
Saja je saya ambil gambar buat kenangan. Bukannya manuskrip pun, cuma draft saja. Nak tiru guru saya sebenarnya, tapi jauh panggang dari apilah draft saya kalau nak dibandingkan dengan draf beliau.
Kadang2 saya geram sebab saya tulis selow sangat, tak macam cikgu saya yang ibarat mesin menulis. Tapi saya tau yang saya perlu sabar dan teruskan saja. InsyaAllah satu hari nanti saya pun boleh sampai tahap mesin menulis.
Dan dengan draf ni, saya harap progres saya akan lebih maju lagi untuk masa-masa hadapan. Wish me luck ok!
Sekian.
Jumaat, 26 Februari 2010
Selamat Hari Jadi dan Salam Maulidur Rasul!
Hari ini juga menandakan cukup setahun blog ini bermula. Banyak pahit manis kehidupan yang telah saya harungi selama setahun ini dan blog ini menjadi saksi kepadanya.
Moga kami dapat mengharungi tahun2 berikutnya dengan penuh kesabaran dan semangat yang kuat, InsyaAllah.
Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada akak Maria Kajiwa dan semua yang menyambut ulangtahun kelahiran pada hari ini.
Kebetulan juga hari ini merupakan MaulidurRasul iaitu ulangtahun kelahiran Rasul kita Muhammad SAW. Salam Maulidurrasul kepada semua, moga hari ini membawa keberkatan kepada kita semua.
Sekian nukilan pendek daripada saya sempena kedatangan 26 Februari 2010 ini. Jumpa lagi di post yang akan datang!
Khamis, 28 Januari 2010
Rut Bir Float dan Saya
Okay nampaknya entri kali ini juga adalah berkenaan minuman. Kali ini adalah rut bir float atau nama melayunya bir akar terapung. Walaupun ada nama bir, tapi ia bukan dari keluarga arak mahupun memabukkan ya.
Kenapa nak minum rut bir terapung di kopitiam? Ya, bagi golongan yang sudah berumur, mungkin nama kopitiam sinonim dengan kopi cawan dan roti bakar, namun bagi anak2 muda (bukan saya ya ), ia lebih sinonim dengan kata kunci lepak dan wifi percuma. Oleh itu, senarai menu pun kita lihat sudah mengikuti kehendak golongan yang satu ini.
Pada saya pula, kadang2 saya teringin minum, itu saja sebabnya. Tapi ingatlah wahai rakan2, minuman ini mengandungi gula yang tinggi ya. Rut bir yang sejuk berkarbonat ditambah lagi dengan aiskrim vanilla yang terapung2 sambil mencair memang bunyinya menyelerakan namun janganlah minum selalu ya. Peringatan ikhlas daripada saya sebagai menyambut kempen kurangkan gula di dalam kehidupan.
Kali terakhir saya minum rut bir float ini adalah pada beberapa minggu lepas dan mungkin tidak akan minum lagi buat beberapa lama. Anda bagaimana? hehe..
Rabu, 20 Januari 2010
Aku dan Teh Tiga Lapis
Apakah ianya? Bagi yg tidak tahu, ini adalah teh tiga lapis yang semenjak dua menjak ini menjadi kegilaan warga kota (ye ke?).
Secara amnya, teh ini adalah gula karamel di dasar, susu segar di tengah dan teh di atas (yaa ramuan saya sndiri ni tanpa Google sbb malas dan sdg tulis entri dr pembaringan).
Rasanya? Pelbagai2! Itu yang saya suka. Nak manis boleh, tawar boleh, pekat boleh cair pun boleh, semuanya bergantung kpd cara anda mengacaunya. Secara peribadi, saya suka kacau sikit2 dan menikmatinya berperingkat2 (sbnrnya takut manis sgt kononnya jaga badan). Anda bagaimana?
* Teh tiga lapis di dalam gambar di atas adalah dari Restoran Sharifah di Seksyen 8, Bandar baru Bangi.
Ahad, 3 Januari 2010
Permulaan Baru
Melangkah ke alam baru ini, sebagai permulaan biasanya kita akan berbasa basi tentang azam tahun baru dan juga perkara-perkara yang telah kita capai pada tahun lepas. Bagi saya, tahun 2009 telah memberi pengalaman2 pahit manis kepada saya terutamanya di dalam bidang penulisan. Sebagai contoh blog ini telah saya mulakan pada tahun 2009, dengan kejayaan mencapai beberapa post di dalam setahun.
Tahun ini saya mempunyai beberapa perancangan yang saya sedang usahakan dan insyaAllah saya akan laksanakan sepenuhnya. Azam saya? Dahulu ada juga berazam-azam ni tapi sekarang kalau ditanya, entahlah. Mungkin bosan mengulang-ulang azam yang asyik tertangguh dengan seribu alasan.
Sekarang sudah pun 3hb Januari. Jika ada perkara yang hendak dilakukan, maka lakukanlah bermula pada hari ini juga. Seperti post ini. Dah lewat 3 hari sebenarnya, namun lebih baik ada daripada tiada apa-apa kan? Setiap perkara mesti ada permulaannya. Jika tidak bermula, maka tidak akan ada pengakhiran. Dan jika sudah bermula, teruskanlah tanpa berhenti separuh jalan.
Tetapkan matlamat dan halatuju, oraklah langkah yang pertama. Tiada kejayaan tanpa usaha awal. Bermulalah walaupun dari bawah. Peringatan ini saya tujukan kepada diri sendiri juga. Semoga kita dapat mencapai apa yang kita ingini, insyaAllah.
Selamat bermula!
Khamis, 22 Oktober 2009
Minda
Minda adalah hidup dan lumrah yang hidup pasti boleh mati. Dan yg hidup pasti perlukan santapan utk terus hidup. Adalah tanggungjwb kita utk mengasuh dan mengasah minda kita sendiri dgn memberinya makan ilmu dan amal berlaraskan panduan yg betul. Oleh itu Bacalah(ilmu), dan Lakukanlah(amal) perkara yg Baik2(iman). Ketiga2 perkara ini akan membantu membina jati diri seterusnya merangsang minda agar terus hidup.
Jadi minda yg mati bgmana pula? Tinggalkan salah satu drp 3 di atas dan lihat. Amal mengikut panduan tanpa bacaan(ilmu) tdk akan merangsang apa2. Semuanya ikut2an dan angguk2 saja krn diri tidak tahu. Bacaan dan panduan yg baik tanpa amalan juga tidak akan berhasil kerana apa yg kita ada tidak terserlah sbg peribadi tanpa sbrg tindakan. Akhir sekali amal dan bacaan tanpa panduan hanya mengundang kesesatan dan akan mempercepatkan matinya minda kita.
Maka bagaimanakah keadaan minda kita sekarang ini? Hidup? Mati?Nyawa2 ikan? Adakah sudah cukup ilmu,iman dan amal bg menghidupsuburkan minda kita? Hisab2lah diri kita sebelum kita dihisab.. InsyaAllah..
Sekian kuliah hari ini..terima kasih.
Isnin, 7 September 2009
Aku vs Mindaku
Aku bagaikan terlalu mendesak diriku, aku bagaikan terlalu menekan diriku untuk menghasilkan. Analisis terus menerus sememangnya membawa paralisis. Dan aku sedang lumpuh akibat percaturan mindaku sendiri.
Aku tidak tahu bagaimana untuk kulepaskan diri daripada perangkap ini. Kukira harus kutopeng wajah ini agar tidak kelihatan diriku yang tidak mahu kuperlihat. Aku ingin jemariku meluncur semula. Meluncur tanpa rasa bersalah, tanpa rasa pertanggungjawaban yang paranoia, bebas sebagaimana aku sebelum2 ini.
Mungkinkah semua ini sementara? Mungkinkah ini satu tahap evolusi? Atau hanya satu lagi simptom sinting yang terluah. Aku tidak peduli. Dan aku tidak akan berdiam diri.















