Memaparkan catatan dengan label 26 februari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 26 februari. Papar semua catatan

Ahad, 26 Februari 2012

Selamat Menyambut 26 Februari.



Salam kepada semua, 

Saya cuma ingin mengucapkan selamat menyambut 26 Februari kepada semua yang menyambut kedatangan hari istimewa ini. Daripada mereka yang menyambut ulangtahun kelahiran pada hari ini sehinggalah mereka yang menyambut ulangtahun perkahwinan masing2 pada hari yang bersejarah ini. 

Moga kita dapat menyambutnya sekali lagi pada tahun seterusnya, InsyaAllah. 


Jumaat, 26 Februari 2010

Selamat Hari Jadi dan Salam Maulidur Rasul!

Selamat Hari Jadi ingin diucapkan kepada Sarah, semoga gembira dan sihat sentiasa serta dimurahkan rezeki. Love you sayang..

Hari ini juga menandakan cukup setahun blog ini bermula. Banyak pahit manis kehidupan yang telah saya harungi selama setahun ini dan blog ini menjadi saksi kepadanya.

Moga kami dapat mengharungi tahun2 berikutnya dengan penuh kesabaran dan semangat yang kuat, InsyaAllah.

Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada akak Maria Kajiwa dan semua yang menyambut ulangtahun kelahiran pada hari ini.

Kebetulan juga hari ini merupakan MaulidurRasul iaitu ulangtahun kelahiran Rasul kita Muhammad SAW. Salam Maulidurrasul kepada semua, moga hari ini membawa keberkatan kepada kita semua.

Sekian nukilan pendek daripada saya sempena kedatangan 26 Februari 2010 ini. Jumpa lagi di post yang akan datang!

Khamis, 26 Februari 2009

Happy Birthday!!!



Happy Birthday!!! kuucapkan kepada Blog 26Februari ini.

Adapun pada tarikh 26 Februari 2009 lahirlah blog ini di mana kan kucoretkan pelbagai kisah tentang kehidupanku. Adapun tarikh ini dipilih kerana keistimewaannya pada diriku dan mereka yang paling rapat denganku.

Ya, sebenarnya ianya adalah tarikh lahirku. Namun bukan aku sahaja. Ia juga merupakan tarikh lahir kekasihku Sarah, dan ingin kuambil kesempatan ini untuk mengucapkan padanya

"Selamat Hari Lahir Sayang..

semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,
semoga dikurnia kesihatan yang baik,
semoga dilimpahi kebahagiaan setiap hari,
semoga tersenyum sentiasa,
semoga hidup terus diberkati..


Doa abang sentiasa untuk sayang.. "


Bunga untuk Sarah ;)

Dan tidak lupa juga ucapan Selamat Hari Lahir kepada Akak Maria moga tercapai segala impian dan tabah di dalam perjuangan. Kekuatan akak beri inspirasi untuk saya contohi.

Dan Selamat Hari Lahir juga kuucapkan kepada semua yang menyambut ulangtahun kelahiran pada tarikh 26 Februari... moga panjang umur dan diberkati hidup kalian, InsyaAllah..