Isnin, 7 September 2009
Aku vs Mindaku
Aku bagaikan terlalu mendesak diriku, aku bagaikan terlalu menekan diriku untuk menghasilkan. Analisis terus menerus sememangnya membawa paralisis. Dan aku sedang lumpuh akibat percaturan mindaku sendiri.
Aku tidak tahu bagaimana untuk kulepaskan diri daripada perangkap ini. Kukira harus kutopeng wajah ini agar tidak kelihatan diriku yang tidak mahu kuperlihat. Aku ingin jemariku meluncur semula. Meluncur tanpa rasa bersalah, tanpa rasa pertanggungjawaban yang paranoia, bebas sebagaimana aku sebelum2 ini.
Mungkinkah semua ini sementara? Mungkinkah ini satu tahap evolusi? Atau hanya satu lagi simptom sinting yang terluah. Aku tidak peduli. Dan aku tidak akan berdiam diri.
Jumaat, 21 Ogos 2009
Sepetang di Picadily
Kali ini kami hanya bertiga kerana seorang lagi tidak dapat serta atas urusan keluarga. Tujuan kami adalah ke Picadily, sebuah restoran yang tidak jauh dari pejabat. Makanannya pelbagai, dan harganya berpatutan.
Orang kata seeloknya jangan makan sebelum bersukan; ia hanya menambah berat pergerakan dan boleh mungkin muntah. Namun jika lapar juga tidak akan mampu bersukan, maka kami makan sederhana saja.
Nasi ayam bangkok yang aku order agak menarik dan berbeza sedikit dari segi ayamnya yang digoreng dan dipotong kecil2, dan nasinya kuat dengan bau halia. Udon goreng pesanan temanku pula sedap pada udonnya yang istimewa. Seorang lagi memesan nasi dengan ikan masam manis yang bagiku berlebih2 sosnya.
Air minumanku sedikit gagal. Cincau yang kupesan bagai tiada manisnya. Temanku yang dua orang itu pula memesan ais kacang dan entah apa sudah kulupa. Ais kacangnya menarik jika melihat aiskrim yang bertenggek di atasnya. Namun warna serba kuning dengan aiskrim kuning membuatkan aku wajar memanggilnya 'ais jagung' daripada ais kacang. Sedikit sayang apabila temanku itu menikmatinya sebahagian saja.
Sebenarnya sengaja aku ceritakan perihal makan dan minum kerana mulai esok malam kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Mungkin selepas ini tidak manis untuk menulis tentang makanan, maka lebih baik kutuliskan sekarang.
Ingin juga kuambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua moga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita, InsyaAllah.
Selasa, 18 Ogos 2009
Saya Dennis
Hello!
Saya dipanggil Dennis oleh tuan saya, Emi, tetapi saya juga dipanggil Danish oleh abang Emi dan anak2 saudara dia, manakala saya dipanggil Gemok oleh tuan punya blog ini. Macamlah beliau kurus sangat!
Walaupun saya kucing gemuk, saya cukup suka bersenam. Saban hari saya boleh dilihat merata2 tempat berhampiran kawasan rumah. Berjalan memang boleh menyihatkan badan. Dan membuatkan saya cepat lapar!

Laparnya!
Bila saya lapar saya akan balik rumah dan buat bising untuk menarik perhatian tuan rumah. Saya suka melihat mereka menuang friskies ke dlm mangkuk makanan saya. Dan saya selalu kena marah dek tuan punya blog ini sebab bila beliau nak tuang saja, beliau lihat makanan masih banyak. Saya nak kata apa pulak, saya mengiau saja, tak semestinya saya lapar!
Oh ya kalau nak tahu, walaupun nama saya Dennis, saya sebenarnya adalah seekor kucing betina. Ya betul, jangan pandang pada rupa saya yang segak ini. Saya bukan kucing pengkid ya.
Yang bestnya, tuan punya blog ni baru tahu yang saya betina 2 3 bulan lepas, setelah setahun lebih saya tinggal bersama dia. Apalah dia tu, saya kalau sekilas ikan emas di dalam akuarium tu, saya dah tahu dah jantan ke betina. Sedap ke tak sedap pun saya tau heheh..
Hm tapi takpe, tuan punya blog ni suka urut saya. Dan bila dia urut, hwaaargh tak boleh tahanlah, memang syiokk. Sampai saya gigit2 tangan dia hahah..haa ok lebih2 la pulak. Nanti gf dia marah.

Hwaaargh!!
Ok sampai sini saja cerita saya. Nanti saya sambung lain waktu ya. Dah lapar ni, nak pegi makan lagi!!
Yang comel,
Dennis aka Gemok
Rabu, 12 Ogos 2009
Mari memakai topeng
Agak janggal pada mulanya untuk memakai topeng di khalayak ramai. Mungkin sebab malu, atau tak suka dipandang, maka tak rmai org yg pakai pada waktu pagi. Saya belasah je pakai.
Dan sepanjang hari jugalah keluar lawak2 ninja, predator, optimus prime dan masked rider black disebabkan pemakaian topeng ini. Namun jika ianya dirasakan perlu untuk biasakan diri, jadi saya layankan sajalah.
Ada juga yang bila bertembung, mengelak bagaikan yg bertopeng ini mempunyai penyakit. Namun menjelang petang, yang mengelak tadi pun sudah bertopeng juga. Baguslah begitu, sekurang2nya mereka jadi sedar tentang apa yang lebih penting, malu atau mati.
Kesedaran yang tinggi saja tidak memadai, yang diperlukan oleh rakyat negara kita, malahan dunia sekarang ialah kesedaran yang disertakan dengan perlakuan. Tahu saja tidak cukup. Tahu dan buat.
Oleh itu jika tak mampu hasilkan vaksin di rumah untuk kebaikan sejagat, sebagai permulaan memadailah jika kita memakai topeng dan mengelakkan melakukan perkara2 yang lebih memburukkan keadaan. GIJoe lain kali pun boleh tengok. Shopping mall tu tahun depan masih ada lagi, kalau takde pun, pasti ada ganti shopping mall yang lain.
Sama2 kita sedar dan ambil tindakan yang sewajarnya untuk membendung wabak H1N1 ini daripada terus menerus menjangkiti seluruh rakyat Malaysia. Hari ini hari orang, hari esok siapa tahu?
Selasa, 11 Ogos 2009
Sepersalinan
Beberapa hari selepas majlis berlangsung, adik saya dan isterinya telah berangkat ke Bali untuk menunaikan bulan madu mereka. Saya yang masih keletihan tidaklah sempat berfikir untuk memesan apa2. Dan lagi saya tidak mahu mengganggu bulan madu mereka.
Sepulangnya mereka dari sana, adik saya telah menyerahkan ole2 yang dibelinya di Bali untuk saya. Gembira rasanya dapat ole2 walaupun saya tidak memesan sebarang apa2 daripada mereka.
Iman membelikan saya seluar mandi jenama DC dan 'beach sandal' yang org Msia panggil selipar jepun. Tapi selipar2 pun beli kat Hard Rock cafe jugak tu. Nasib baik bukan Hard Rock Jagung (sapa peminat setia Ujang mungkin boleh faham lawak lama ini).
Disebabkan saya suka ambil gambar, saya pun bentangkan seluar dan selipar tu atas katil dan ambil fotonya. Lepas saya ambil gambar seluar dan selipar tu, baru saya perasan sesuatu. Adik saya berkahwin sebelum saya maka di dalam adat ianya dikira 'melangkah bendul'. Maka mungkin sebab orang dah sebut2 maka dia pun hadiahkanlah saya hadiah di atas yang merupakan sepersalinan untuk mandi di pantai! Hah tak aci sungguh! Namun saya tetap berterima kasih..heheh





