Jumaat, 26 Februari 2010
Selamat Hari Jadi dan Salam Maulidur Rasul!
Hari ini juga menandakan cukup setahun blog ini bermula. Banyak pahit manis kehidupan yang telah saya harungi selama setahun ini dan blog ini menjadi saksi kepadanya.
Moga kami dapat mengharungi tahun2 berikutnya dengan penuh kesabaran dan semangat yang kuat, InsyaAllah.
Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada akak Maria Kajiwa dan semua yang menyambut ulangtahun kelahiran pada hari ini.
Kebetulan juga hari ini merupakan MaulidurRasul iaitu ulangtahun kelahiran Rasul kita Muhammad SAW. Salam Maulidurrasul kepada semua, moga hari ini membawa keberkatan kepada kita semua.
Sekian nukilan pendek daripada saya sempena kedatangan 26 Februari 2010 ini. Jumpa lagi di post yang akan datang!
Khamis, 28 Januari 2010
Rut Bir Float dan Saya
Okay nampaknya entri kali ini juga adalah berkenaan minuman. Kali ini adalah rut bir float atau nama melayunya bir akar terapung. Walaupun ada nama bir, tapi ia bukan dari keluarga arak mahupun memabukkan ya.
Kenapa nak minum rut bir terapung di kopitiam? Ya, bagi golongan yang sudah berumur, mungkin nama kopitiam sinonim dengan kopi cawan dan roti bakar, namun bagi anak2 muda (bukan saya ya ), ia lebih sinonim dengan kata kunci lepak dan wifi percuma. Oleh itu, senarai menu pun kita lihat sudah mengikuti kehendak golongan yang satu ini.
Pada saya pula, kadang2 saya teringin minum, itu saja sebabnya. Tapi ingatlah wahai rakan2, minuman ini mengandungi gula yang tinggi ya. Rut bir yang sejuk berkarbonat ditambah lagi dengan aiskrim vanilla yang terapung2 sambil mencair memang bunyinya menyelerakan namun janganlah minum selalu ya. Peringatan ikhlas daripada saya sebagai menyambut kempen kurangkan gula di dalam kehidupan.
Kali terakhir saya minum rut bir float ini adalah pada beberapa minggu lepas dan mungkin tidak akan minum lagi buat beberapa lama. Anda bagaimana? hehe..
Rabu, 20 Januari 2010
Aku dan Teh Tiga Lapis
Apakah ianya? Bagi yg tidak tahu, ini adalah teh tiga lapis yang semenjak dua menjak ini menjadi kegilaan warga kota (ye ke?).
Secara amnya, teh ini adalah gula karamel di dasar, susu segar di tengah dan teh di atas (yaa ramuan saya sndiri ni tanpa Google sbb malas dan sdg tulis entri dr pembaringan).
Rasanya? Pelbagai2! Itu yang saya suka. Nak manis boleh, tawar boleh, pekat boleh cair pun boleh, semuanya bergantung kpd cara anda mengacaunya. Secara peribadi, saya suka kacau sikit2 dan menikmatinya berperingkat2 (sbnrnya takut manis sgt kononnya jaga badan). Anda bagaimana?
* Teh tiga lapis di dalam gambar di atas adalah dari Restoran Sharifah di Seksyen 8, Bandar baru Bangi.
Ahad, 3 Januari 2010
Permulaan Baru
Melangkah ke alam baru ini, sebagai permulaan biasanya kita akan berbasa basi tentang azam tahun baru dan juga perkara-perkara yang telah kita capai pada tahun lepas. Bagi saya, tahun 2009 telah memberi pengalaman2 pahit manis kepada saya terutamanya di dalam bidang penulisan. Sebagai contoh blog ini telah saya mulakan pada tahun 2009, dengan kejayaan mencapai beberapa post di dalam setahun.
Tahun ini saya mempunyai beberapa perancangan yang saya sedang usahakan dan insyaAllah saya akan laksanakan sepenuhnya. Azam saya? Dahulu ada juga berazam-azam ni tapi sekarang kalau ditanya, entahlah. Mungkin bosan mengulang-ulang azam yang asyik tertangguh dengan seribu alasan.
Sekarang sudah pun 3hb Januari. Jika ada perkara yang hendak dilakukan, maka lakukanlah bermula pada hari ini juga. Seperti post ini. Dah lewat 3 hari sebenarnya, namun lebih baik ada daripada tiada apa-apa kan? Setiap perkara mesti ada permulaannya. Jika tidak bermula, maka tidak akan ada pengakhiran. Dan jika sudah bermula, teruskanlah tanpa berhenti separuh jalan.
Tetapkan matlamat dan halatuju, oraklah langkah yang pertama. Tiada kejayaan tanpa usaha awal. Bermulalah walaupun dari bawah. Peringatan ini saya tujukan kepada diri sendiri juga. Semoga kita dapat mencapai apa yang kita ingini, insyaAllah.
Selamat bermula!
Khamis, 22 Oktober 2009
Minda
Minda adalah hidup dan lumrah yang hidup pasti boleh mati. Dan yg hidup pasti perlukan santapan utk terus hidup. Adalah tanggungjwb kita utk mengasuh dan mengasah minda kita sendiri dgn memberinya makan ilmu dan amal berlaraskan panduan yg betul. Oleh itu Bacalah(ilmu), dan Lakukanlah(amal) perkara yg Baik2(iman). Ketiga2 perkara ini akan membantu membina jati diri seterusnya merangsang minda agar terus hidup.
Jadi minda yg mati bgmana pula? Tinggalkan salah satu drp 3 di atas dan lihat. Amal mengikut panduan tanpa bacaan(ilmu) tdk akan merangsang apa2. Semuanya ikut2an dan angguk2 saja krn diri tidak tahu. Bacaan dan panduan yg baik tanpa amalan juga tidak akan berhasil kerana apa yg kita ada tidak terserlah sbg peribadi tanpa sbrg tindakan. Akhir sekali amal dan bacaan tanpa panduan hanya mengundang kesesatan dan akan mempercepatkan matinya minda kita.
Maka bagaimanakah keadaan minda kita sekarang ini? Hidup? Mati?Nyawa2 ikan? Adakah sudah cukup ilmu,iman dan amal bg menghidupsuburkan minda kita? Hisab2lah diri kita sebelum kita dihisab.. InsyaAllah..
Sekian kuliah hari ini..terima kasih.




