Rabu, 22 Julai 2009

Ikan dan Saya


Pada satu hari saya teman ibu saya pergi membeli mesin jahit. Di kedai mesin jahit itu, selain mesin jahit yang tersusun berpuluh2 biji, terdapat juga sebuah akuarium yang besar. Taklah besar sangat, namun jika dibanding dengan akuarium rumah saya, boleh dikatakan besar.

Sudah banyak akuarium yang saya lihat di kedai2 mahupun di restoran2 namun akuarium kali ini adalah sedikit berbeza. Ini adalah kerana di kedai mesin jahit ini, akuariumnya adalah akuarium air masin. Macam mana nak tau air masin ke tidak? Anda boleh celup jari dan rasa dgn lidah anda samada masin atau tidak. Namun ada cara yang lebih mudah tapi perlu sedikit pengetahuan.

Tengoklah ikan2 yang berenang di dalamnya. Kalau ada ikan nemo, dory, atau paus, maka ianya adalah air masin kerana ikan2 itu adalah ikan laut. Jika ikan2 di dalamnya tidak dpt dikenalpasti, maka terpaksalah celup jari anda dan rasa airnya (risiko tanggung sendiri ya!).

Walaubagaimanapun, akuarium di kedai mesin jahit itu sgt cantik seperti di dalam gambar di atas. Mungkin gambar tak cantik sangat apatah lagi ikan2 tidak tahu duduk diam apabila saya ingin mengambil foto mereka. Namun begitu, jika dinikmati dengan mata kasar, memang mengasyikkan.

Mungkin kerana saya berbintang pisces maka saya ada kecenderungan untuk menyukai ikan, tapi memang saya tidak nafikan, saya boleh melihat ikan2 berenang di dalam akuarium berjam2 lamanya. Lagi2 jika ikan2 itu yang daripada jenis eksotik atau ikan karang macam nemo dan rakan2. Kalau setakat ikan kembung, ianya macam melihat lauk makan tengah hari saya berenang2, lantas membuatkan saya lapar pula.

Saya boleh bercerita pasal ikan sepanjang hari, mungkin akan terulang cerita tapi sememangnya banyak kisah saya dengan ikan, samada kisah pahit, manis mahupun 3 rasa dan sweet sour yummm.. Hm tengok tu sekejap saja cerita boleh terpesong, mungkin saya lapar.

Walaubagaimanapun, setakat ini saya kenal seorang saja kawan yang mempunyai akuarium air masin di rumahnya, dan daripada cerita2nya, nampaknya saya tak mampu untuk menjaga akuarium air masin yg memang serba leceh. Tapi bila tgk hasilnya, hmm memang berbaloi.



Saya rasa biarlah saya menjaga akuarium di rumah yang kini ada 2 ekor ikan emas yang semakin hari semakin buncit dek dimanjakan oleh penjaganya ini. Orang kedai tempat saya beli ikan2 ini kata, beri mereka makan 10 ketul saja makanan ikan sehari, jangan terpedaya dengan wajah comel mereka dengan mulut terbuka terkatup meminta makanan. Ini kerana mereka boleh makan tak berhenti sampai mereka mati. Tapi saya kesian juga kadang2 lalu beri mereka 2 kali sehari, lantas buat mereka jadi gemuk setanding dengan Dennis. Siapa Dennis? Nanti saya cerita lain kali ya.

Selasa, 21 Julai 2009

Kucing dan kereta

Satu malam aku tgh parking kete kat shell utk beli barang sekejap, pastu aku nampak kat kete sbelah ada sekor kucing tgh baring kat area windshield belakang.
Dalam kete tu pulak penuh dgn satu family dalam 5 orang cmtu dan budak2lah yg duduk kat belakang tu dgn kucing. Somehow nampak cute kucing tu duduk kat situ. Tak takut agaknya bila kereta bergerak.
Aku teringat zaman dulu2 aku pernah gak bwk kucing dlm kete tp masyaAllah, sabar jelah. Dia punyalah takut sampai takleh duduk diam. Aku dah risau kucing tu muntah ke terbuang air ke mampus..sib baik takde apa2.
Anyway lepas2 tu takde bwk kucing naik kete dah. Kalau ada pun dalam kotak, dan tu pun specifically utk disposal..ops.. Heheh..

Khamis, 2 Julai 2009

Satu





Segalanya bermula dengan satu,

Satu hari hingga satu tahun,

Satu patah jadi satu naskhah,

Satu nafas kepada satu kehidupan,

Satu langkah sampai satu perjalanan,


Syukur kujulang atas izin-Nya,

Datang satu ini dan moga datang seterusnya,

Kupanjatkan doa agar satu ini hanya,

Satu daripada seumur hidup kita..



Selamat Ulangtahun yang pertama sayang!




Nadir
2 Julai 2009

Selasa, 28 April 2009

Ulasan Filem : The Darkling

Foto ihsan IMDB.com



Memandangkan blog ni dah lama saya tak update, sebab saya dah lama tak jalan2, tu sebab tak update. Kalau nak tunggu jalan2 baru update mau setahun 2 3 entri je kot. So kali ni nak update jugaklah, walaupun bukan dengan entri jalan2. Disebabkan selain jalan2, saya suka tgk movie, dan memang banyak tengok wayang, dvd mahupun hbo dsb kat astro tu. So saya ingat saya nak tulis reviu movie2 yang saya tengok, just for the sake of sharing. Ok here goes.

Weekend baru ni saya tengok filem The Darkling kat Max (Astro). Filem ini adalah tentang seorang lelaki yang mempunyai sebuah keluarga bahagia. Pada suatu hari lelaki itu yang bernama Jeff telah didatangi oleh seorang hartawan pengumpul barang2 pelik. Hartawan yang bernama Rubin itu bagaikan dapat membaca isi hati Jeff yang pada luarannya kelihatan gembira dengan hidupnya, namun di dalam diam merasakan tidak cukup dengan apa yang ada.

Jeff yang merupakan seorang bekas mekanik yang pakar di dalam bidang automotif telah diambil bekerja oleh Rubin sebagai mekanik untuk koleksi kereta2 mahalnya dan juga sebagai penasihat jika Rubin ingin membeli kereta2 antik yang lain. Tiadalah Jeff tahu yang Rubin mempunyai agenda di sebalik persahabatannya dengan Jeff. Pada suatu hari yang malang, Jeff dan isterinya telah mengalami kecelakaan jalanraya dengan kereta yang diberi pinjam oleh Rubin. Isteri Jeff, Marla telah kehilangan nyawanya menyebabkan Jeff hilang punca dan menjadi murung.

Rubin mengambil kesempatan ini untuk memujuk Jeff. Dia menunjukkan kepada Jeff sebuah koleksi miliknya yang juga merupakan rahsia kejayaan dan kekayaannya. Rupa-rupanya Rubin mempunyai seekor makhluk yang selama ini membantunya meraih kekayaan. Jeff inginkan makhluk tersebut dan Rubin dengan senang hati memberikannya. Dengan nasihat makhluk yang dipanggil 'The Darkling' itu, Jeff juga mula memperolehi kekayaan demi kekayaan. Namun pada masa yang sama, hidupnya juga sedikit demi sedikit menuju ke arah kehancuran.

Sehinggalah anak perempuan Jeff mula diganggu oleh makhluk tersebut, barulah Jeff sedar yang selama ini dia telah memilih jalan yang salah. Makhluk itu hanya ingin menghancurkan hidup tuannya sebelum mencari tuan yang baru. Mampukah Jeff kembali ke pangkal jalan dan seterusnya melepaskan dirinya dan anaknya daripada cengkaman makhluk jahat itu. Tak perlulah saya cerita sampai penamat ya, heheh.

Pada asasnya, cerita ini meletakkan seekor makhluk misteri yang menganggap dirinya bayang-bayang kepada tuannya. Konsep bayang-bayang ini saya dapati sangat menarik. Mesej yang saya dapati daripada cerita ini ialah di dalam dunia realiti ini pun, setiap orang akan dihasut oleh syaitan yang ingin melihat kehancuran dan kesesatan manusia. Ianya terpulang kepada setiap individu untuk membuat pilihan. Jeff mungkin tersalah membuat pilihan pada awal cerita ini. Trauma kehilangan isterinya menyebabkan Jeff mudah terpengaruh oleh makhluk itu yang menghasut rasa iri hati dengan kekayaan Rubin yang menyebabkannya memilih untuk mengikut kata 'syaitan'.

Saya tahu ramai yang tidak pernah dengar tentang filem ini, termasuklah saya. Saya tak kenal pun pelakon2 utama filem ini kecuali anak perempuan Jeff dan Marla, iaitu Casey yang dilakonkan oleh Skye McCole Bartusiak sewaktu dia kecil. Saya ingat dia kerana wataknya di dalam filem The Patriot sebagai Susan, anak bongsu Mel Gibson yang sangat comel. Tapi itu bukanlah sebab utama saya menonton. Saya memang suka menonton filem kelas B, selagi jalan ceritanya bagus dan punyai pengajaran yang dpt kita manfaatkan bersama.

Okay setakat ini sahaja ulasan filem saya kali ini. Lainkali kalau saya tengok cerita menarik lagi, saya akan kongsikan bersama. Ingatlah, wayang siapa kalau bukan wayang ki.. aah diamlah cukup-cukuplah tu. Jumpa lagi.

P.S : Saya bagi citer ni 3.5 bintang daripada 5 sebab permainan bahasa 'bisikan syaitan' yang menarik oleh "The Darkling" terhadap mangsa-mangsanya. Syabas untuk penulis cerita, Preston Sturges, Jr.

Khamis, 12 Mac 2009

Hujung minggu di Melaka

Ahad yang baru ni, aku dan keluargaku telah ke Melaka. Walaupun kampung ibuku di Melaka, namun balik kampung bukanlah merupakan tujuan kami kali ini. Tujuan kali ini adalah untuk makan ikan bakar. Yeah.

Walaupun tujuan trip ini untuk pergi makan ikan bakar saja, namun dah alang2 tu kami akan bermalam jugalah di mana2. Dan di mana2 pada kali ini adalah di Everly Hotel yang dulunye Riviera Hotel. Letaknya di Tanjung Kling. Lebih kurang situlah. Kami bertolak ke Melaka pada pagi Ahad. Tapi sebelum ke hotel, kami singgah makan nasi beriani di Ujong Pasir. Sebenarnya bukanlah singgah kerana Ujong Pasir dah lepas town Melaka dah pun. Tapi sebab akak dah rekomen situ, maka lajak pun lajaklah.

Lepas alas perut lebih kurang, kami check in hotel dan istirahat sahaja. Yalah, kalau dah alas perut dengan beriani, memang lepas tu rasa nak cari katil. Anyway hotel tu decent enough walaupun ada masalah aircon sket pd apartment yg kami sewa. Tapi view drp bilik tingkat 11 mmg best.

Pemandangan Lereh sehingga pantai Klebang(yg dah RIP) dari balkoni bilik

Dalam pukul 5 ptg, aku turun teman anak2 buah bermandi manda di laut depan hotel (ke belakang hotel?). Sebenarnya nak mandi pool tp punyalah ramai kat pool tu, sampai hilang rasa nk mandi celah2 ramai2 cmtu. Laut dia oklah still boleh mandi lagi. At least aku rasa mandi kat laut camtu sorang2 lagi bersih drp aku berkubang dlm pool dgn 100 orang yang lain.


Kolam mandi yang penuh.

Pantai yang tenang...

Laut yang damai..

Dlm pukul 530 aku dah naik dah ke bilik (aih kejap je mandi?). Kami siap2 nak pergi makan malam lah pulak. Plan nak kuar pukul 6 tp biasalah last2 kuar 630. Destinasi kami malam tu, Umbai. Perjalanan ke Umbai ambil masa ntah berapa minit tah. Banyak minit terbuang kerana berbincang (bertelagah) nak buat keputusan ikut jalan mana paling cepat sampai. Last2 kami amik keputusan ikut kata 'awek' GPS dlm hp aku. Nasib baik dia tau Umbai tu kat mana.

Setau aku ada 2 tempat utama kat Umbai tu untuk makan ikan bakar. Satu adalah medan ikan bakar terapung tapi family aku dari dulu lagi prefer untuk makan di medan ikan bakar Pernu. Dan bukan stakat Pernu, mesti juga di gerai no 1. Dulu pernah try gerai lain, tp yang no1 juga yg sedap. Cuma slow sket servisnya. Tapi berbaloi menunggu, daripada kedai yg dah la slow, lepas tu tak sedap pulak, betul tak?

Gerai no.1 pilihan kalbu(lepas ni kena minta upah promosi).

Lepas 45minit maka santaklah perut kami dengan ikan siakap bakar, sweet sour dan 3 rasa, di samping sotong goreng tepung, lala sambal dan udang masak apa tah, sambil beralaskan nasi lemak serta berulamkan air tebu. Ada gambar ni ha buat kasik terliur sket.

Ikan siakap masak sweet sour :)

Sotong goreng tepung.

Lalalalala...

Sebelum bertolak pulang tu singgah2 kat kedai2 kraftangan kat sebelah2 tu. Pada pendapat aku giler overpriced barang2 kat situ. Nasib baik parents aku kaki tawar menawar, so dapatlah harga kurang sket. Alah belikan mainan utk cucu2 mereka je pun.

Emon dan Abob bak kata Fiqa(niece aku).

Kami bertolak pulang kira-kira jam 9 malam. Setelah berbincang (bertelagah lagi), akhirnya kami bersetuju untuk ke Eye on Malaysia. Nak ke situ pun satu hal jugak, sebab takde sapa penah pegi, tapi sebab aku yg drive so aku veto lah nak ikut jalan mana pun. Tanya 'awek' pun dia taktau sbb takde dalam map GPS. Tapi alhamdullillah tanpa sesat barat kami sampai di situ hanya berpandukan papan2 tanda yg lebih kecil drp papan tanda Carrefour. Kesian kereta satu lagi yang memuatkan family akak aku dan adik bongsu aku. Mereka sesat barat timur utara dan selatan. Jenuh menunggu mereka cari jalan sampai ke situ. Yang bestnye akak aku dan suaminye pernah kerja dan tinggal di melaka, dan adik aku pulak dulu belajar kat MMU melaka. Tu pun boleh sesat kehkehkeh... :D

Pemandangan dari entrance (goyang la pulak..)

Sebenarnya ini first time aku naik bende alah ni pun. Masa kat titiwangsa dulu tak pegi pun. So alang2 dah sampai sini ni, naiklah apa lagi. Kalau takmau naik pun mcm ayah aku, pengunjung boleh lepak2 kat gerai2 yg cozy di bahagian dataran dan bagi remaja2, tembok2 kat tepi2 tu mmg sesuai nak bersidai dan dating2 seperti yang aku lihat mlm itu. Angin pantai memang nyaman malam2. Dah dekat pukul 12tgh malam pun masih ramai orang.

Eye on Malaysia dari dekat

Esoknye pagi tu aktiviti apa lagi, makan lagi lah. Kali ni buffet breakfast kat rest hotel. Cuba-cuba rasa2 saja sebab kenyang semalam masih menebal. Tu pun 2, 3 round jugak. Tapi boh gambar dessert buah2an nak kasik nampak tak gelojoh sangat ok.

Buah naga sebagai dessert selepas buffet breakfast.

Lepas breakfast just lepak2 kat tepi kolam renang dan laut sambil menikmati angin dan suasana nyaman di tepi pantai. Cuaca pun redup je. Sangat sesuai untuk bercinta. Ada jugak nampak couple2 amik2 gambar sambil jalan2 kat pantai. Hmm...

Pemandangan pagi.

So begitulah kisahnya perjalanan singkat untuk kali ini. Nama je kampung kat melaka, tapi sebenarnya bnyk lagi tempat2 kat melaka yang aku belum pergi lagi. InsyaAllah ada rezeki, aku pergi dan amik2 gambar lagi ya. Ok sampai sini saja dulu. Bye.