Lepas beli tiket, brader kaunter kata bot nak gerak skarang. Tapi sebelum naik tu smpat gak tapau bfast since kitorang tak makan lagi. Naik bot tak lama, 20 minit je cmtu. Angin laut mmg best, esp kalau kau tak mandi pagi (ehem aku mandi ya pagi tu). Brader bawak bot tu leh lak buat2 stunt ke kiri dan ke kanan tak pasal2. Aku ingat dia tgh mengelak penyu ke apa ke, rupa2nya tgk blakang ada la 2 3 org girls yg terjerit-jerit kecil. Oh nak ngorat rupanya. Takpe2 kasi chan lah nasib baik aku jenis tak mabuk laut.
Sesampai kat pulau tu kena bayar entri fee Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan lepas tu kami pun mula berpeleseran di tepi pantai. Carik port nak makan nasi bungkus sebenarnya, dah lapar bebenor. Pulau Manukan taklah besor mana, tp ada resort gak kat atas tu. Ada spa dan ntah apa lagi tp yg aku berminat adalah yg kat dalam laut tu. Ada ramai gak org snorkeling dan ada juga yg diving.
Lepas makan aku dgn ayul nak g snorkel lah apa lagi. Nemo dah panggil2 tu. Dan coral2 kat Pulau Manukan ni boleh tahan cantik2 dan pelbagai2 tp tak banyak sgt. Tapi lautnya agak dalam so kalau diving lagi best lah kalau snorkel yg cetek2 tu nampaklah yg dalam tu nampak kabur2 je. Tapi ikan memang banyak. Macam2 kaler dan saiz. Aku kalau snorkel mmg mesti bawak roti dlm poket tp kali ni aku lupa nk prepare.
Tapi kat pulau Manukan ni rupa2nya mrk ada jual roti dlm botol khas utk bg makan kat ikan (kalau nk makan sendiri tu terpulanglah). So Majid(budak bot kami) telah dapatkan kami sebotol roti(haha penjodoh bilangan baru!) dan nampaknye ikan2 kat situ sudah kenal bentuk roti dlm botol tu. Aku belum bukak lagi botol tu tgk2 dah ramai yg ikut aku berenang. Best betul. Teringat Dennis kucing kat rumah yg perangai mcm tu jugak. Dan ikan2 ni mmg pelahap beb. Kalau tak catu roti tu, mmg boleh abis sebotol masa tu jugak. Aku nak kasi Nemo makan roti tp nemo2 ni suka duk kat celah2 apa bende tah tu yg mcm agar2 tu tp kat dasar lautlah. Bila bagi roti diorang lari nyuruk so roti tu kena bedal dgn ikan2 lahap yg lain.
Aku takde underwater kamera so aku buhla gambar dr website lain utk gambaran nemo di celah2 ntah apa bedah tah benda tu.
Aku dan Ayul sebenarnye snorkel bergilir2 sbb takde org nk jaga beg. Aku takpe lagi tp Ayul bwk kamera DSLR dia tu so takmolah risk tinggal barang cmtu je. Jadinye time aku snorkel Ayul amik2 gambar dan lepas tu time Ayul snorkel pulak aku bercintalah kejap. Yg bestnye kat pulau pun ada 3G beb. Kebahagiaan dapat melepas rindu ditemani bayu laut dan bunyi ombak dan pasir2 pantai mmg priceless! Oh cukuplah jiwang sampai di situ dan mari balik ke dunia realiti.
Sedar tak sedar dah dekat pukul 1. Bot balik ke KK kami pukul 1 so dgn basah2 tu kami naik bot pulang meninggalkan Pulau Manukan dgn seribu satu kenangan (ye ye je padahal duk 3 jam je kat situ huh). Sampai Jesselton point balik kami tukar baju (takde mandi2 de) dan lunch jap kat pier tu. Bajet2 nak gerak kul 230 mcm tu.
Lunch di Jeti Jesselton Point.
Trip tu sepatutnya makan sejam je sebab keta yang kami sewa tu power walaupun sedikit lama dan Ayul adalah pemandu yg berpengalaman di KL walaupun dia berasal dr perlis. Tapi tepat kata Rama ia makan dua jam jugak sebab asik2 tersangkut kat belakang lori yg tak larat naik bukit. Tapi sebab view sepanjang perjalanan best dan angin gunung sgt segar, maka tak la kisah sgt pun. Bak kata org, takkan lari gunung kinabalu dikejar. Haa lame joke...wtf.
gunung dan pemandangan
Setelah melepasi jalan yang berliku dan lebih kurang 10 gereja pelbagai Santo dan St, kami tiba di hotel destinasi kami, iaitu Mount Kinabalu Heritage Resort and Spa atau kependekannya MKHRS(saja ngengada). Selepas cek in, kami masuk bilik dan terus buka. Oh jgnlah fikir yg bukan2 krn kami berdua lelaki ok. Sebenarnya kami buka langsirlah kerana nak tgk gunung kinabalu. Dan jeng jeng... panorama yang sangat mengasyikkan terhampar di hadapan mata kami.. pepohon kehijauan dan.. mana gunung kinabalunye? Sekali kabus banyak da.. tak nampak la pulak gunung kinabalu.So aku istirahatlah dulu sementara mengharap kabus kan pergi seketika agar kelihatanlah Gunung yang kami dambakan. Dan selang beberapa lama itu harapan kami terkabul maka terkuaklah kabus dan terlihatlah rupa nan gagah sang Kinabalu di luar jendela bilik kami. Maka jakunlah kami dengan kamera masing2, takut sang kabus kembali menutup wajah gunung tersebut.
Dah cukup2lah dgn bahasa klasik. Tergeliat jari nak menaip. Waktu pun dah nak maghrib, kabus pun makin tebal, dan kami pun dah lihat Gunung Kinabalu, so boleh lah balik KK kan. Tapi memandangkan kami dah berjaya turun ke laut dan naik ke gunung dalam hari yang sama, maka kami nak rehatlah pulak malam tu dan menikmati suasana hotel. Sebenarnye terfikir nak kuar tp rasa2nya takde kedai yang bukak malam2 kat Kundasang ni kot. Lgpun cam dah malas nak kuar dah sebab sejuk. Dalam pukul 10 lebih camtu aku dah terlelap dah kepenatan diulit mimpi2 indah ;p.
Ok ok begitulah abis hari kedua aku kat KK. Hari ketiga pun kami dah plan dah itu ini! Yeah until next post ya. Dah penat bebel ni :p
7 ulasan:
Itu namanye Anemone lah..ayo
sesetengah ulasan merapu perlu di potong sebab boleh menimbulkan keraguan yang munasabah.Tak mahu cakap direct sebab dah tak tahan ketawa ni..
nina pun nk sound tadi part tu..tapi tk berani..wakaka,
ayat 'aku bercintalah kejap" tu maknanya apa?Sure best main laut ni..akak pun hantu laut gak.Tapi tak pernah snorkeling takut tak timbul balik.
nina : anemone ke? baru abg tau.. boleh makan ke?
sarah : ulasan merapu? heheh jgnlah ragu2 ya.. dan pls its nowhere near munasabah atau sarawak ya..
nina : knp nina dgn sarah snsitif ya pasal ni?
kak M : hm ayat tu maksudnye sy chatting jap.
akak jgn risau kak snorkel buleh pakai life jaket lagipun snorkel di permukaan je takkan ternggelam insyaAllah
anemone pun tak tau lah uncle nadd nih.. faeq pun tau.. 100x tgk finding nemo..
hehe err anemone tu binatang ke tumbuhan? alamak takleh jadi ni kena tgk finding nemo lagi skali nih..
Catat Ulasan