Oklah tanpa membebel panjang aku nak cerita. So aku tiba dgn flight AirAsia yang terakhir pada malam Khamis yang lepas iaitu lebih kurang pada pukul 12 tgh malam. Sorang2. First time travel sorang2 ni. Acah je sblum ni slalu je naik katerbang sorang2. Ok ok ok dah stat bebel karang citer tak abis.
So ketibaan aku disambut oleh 3 org kawan. Ayul rakan dari semenanjung yg berada di KK atas sbb kerja, Rama rakan merangkap hos kami yg dr semenanjung jugak tp bekerja dan menetap di KK, dan MdNor kawan dan housemate Rama. Destinasi pertama kami, kedai minum. Jauh-jauh ke KK pun melepak di gerai sampai pukul 2 pagi jugak..
Suhu di KK biasa saja. Tapi tiada bahang seperti di lembah kelang. Sedikit nyaman. Mungkin perasaan aku je kot. Tidur tumpang rumah Rama kat Likas (adala 15min drive dr KK). Sbb ada bola itu malam maka tgk bola dulu dan tidur around pukul 5 pagi(?).
Bangun pukul 630pg. Huh?! Lupalak yg matahari kat sini terbit awal (buat2 lupa). Dah kira terlajak dah tu. Anyway aku siap2 dan ikut Rama ke jeti dgn niat nak hantar dia ke sekolah then pau kete dia (eh pinjam) untuk jalan2 sekitar KK. 1st stop pagi tu, bfastlah apa lagi.
Ok lepas alas perut (alas ke?) kami ke jeti untuk hantar Rama ke sekolah. Bunyi macam hantar anak ke sekolah tapi Rama sebenarnya adalah cikgu sekolah. Dia mengajar kat SMK Pulau Gaya yang kalau nak pergi kena naik bot sebab dia kat Pulau Gaya (duh). Haa bila dah sebut2 tu tapi tak pergi tgk tak best jugak kan, so alang2 dah ikut Rama sampai tepi bot tu, bila Rama masuk aku dan Ayul pun sekali lah lompat masuk ke dalam bot (sebenarnya Rama yang ajak, kitorang segan sket nak melawat skolah2 ni).
SMK Pulau Gaya memang unik sebab ia sepenuhnya atas air. Dari kelas, bilik guru, perpustakaan sehingga toilet pun atas air. Haaa bayangkanlah. Takpe2 yang toilet tu takyah bayangkan ok. Cuak pun ada sebab takut pelantar2 tu semua dibina untuk tampung berat budak2 skolah, so aku yang dah terlebih berat ni jadi sedikit risaulah. Tapi udara memang nyaman2 angin laut dan aku rasa persekitaran cukup kondusif untuk pembelajaran. Ok ok tgk gambar2 pulak bebel je tak abis2.
Anjung tempat istirahat
Dari Pulau Gaya, kami pulang ke KK. Ayul ada kerja sikit jadi kami pulang ke hotelnya di Sutera Harbour. Apalagi, tumpanglah ronda2 di situ sementara tu. Seperti namanya, kat situ adalah harbour atau pun jeti untuk kapal2 layar berlabuh. Dan area situ cantik pemandangannya. Teringat aku masa kat langkawi dulu. Orait mari layan gambar. Zass... wtf.
Pemandangan pantai depan hotel. Kaler pelik sket sbb yg ni amik pakai hp.
Pemandangan harbor dari tempat yg sama sudut je berlainan.
Pemandangan harbor dari tempat yg sama sudut je berlainan.
Haa yg ni amik dgn kamera betul.
Dah amik2 gambar kat Sutera, perut pun lapar dan kami bergerak ke kedai nasi kuning lauk ayam yang Rama dok rekomen. Best juga sampai tak sempat nak amik2 gambar. Dan kalau dah kenyang tu, memanglah rasa nak mengularsawakan diri. So segala aktiviti2 hari tu ditangguhkan (takde plan apa2 sgt pun) kerana masing2 ingin mencari katil. Maka pulanglah kami ke rumah Rama untuk tidur petang hehehe.
Petang tu kami tak ke mana2, duduk2 saja. Dan lepak rumah Rama memang best. Waktu petang aku duduk kat luar rumah dan bersantai menikmati angin petang KK. Likas tidak jauh dari pantai (bak kata MdNor) so aku dapat rasa angin laut yg nyaman. Kampung aku kat pantai ok so aku kenal angin laut macam mana rasanya.
Waktu malamnya, Rama bawa kami ke Tg Lipat untuk makan malam. Ada kedai best kat situ katanya. Ya dan memang best pun makanannya. Dan juga ambiencenya sbb ia tepi pantai. Makan berteman desiran ombak memang mengasyikkan. Yang spesel kat situ adalah air Kelapa Shakes. Layan beb gelas besar giler.
Petang tu kami tak ke mana2, duduk2 saja. Dan lepak rumah Rama memang best. Waktu petang aku duduk kat luar rumah dan bersantai menikmati angin petang KK. Likas tidak jauh dari pantai (bak kata MdNor) so aku dapat rasa angin laut yg nyaman. Kampung aku kat pantai ok so aku kenal angin laut macam mana rasanya.
Waktu malamnya, Rama bawa kami ke Tg Lipat untuk makan malam. Ada kedai best kat situ katanya. Ya dan memang best pun makanannya. Dan juga ambiencenya sbb ia tepi pantai. Makan berteman desiran ombak memang mengasyikkan. Yang spesel kat situ adalah air Kelapa Shakes. Layan beb gelas besar giler.
Lepas makan kami pergi rumah kawan Rama untuk ambil kereta sewa untuk perjalanan kami keesokan harinya. Perjalanan ke mana? Haa yang itu kena tunggu post seterusnya. Tak larat nak tulis dah sebenarnya. Oklah jumpa lagi di part two nanti :)
5 ulasan:
bestnya terutama part kelapa shakes tu..eh tak lah..suma best..unik he3.
kelapa shakes mmg layan. air kelapa cmpur susu dan di iceblend pastu letak isi2 kelapa sket kat atasnye.. lepas minum kepala mesti goyang (kepala shake) hehehe lawak kambing.. :p
akak pun tk penah sampai KK..lagi3X
Catat Ulasan