Selasa, 15 Februari 2011

sfc /scannow

Pada hari ini, pada hari maulid rasul ini, setelah lebih 4 tahun berkecimpung di dalam bidang perkomputeran, akhirnya aku dapat juga menggunakan teknologi sfc /scannow untuk memperbaiki sesuatu di dalam pc ku.

Ya aku tau benda alah ni memang dah lama ada dan sepatutnya berguna untuk penyelesaian permasalahan windows seharian, namun sehingga hari ini, ini kali pertama ianya berguna padaku.

Selama ini pun bila aku guna, ianya tak lebih daripada sekadar satu step yang perlu dicuba sebelum cuba step lain, dan memang tak pernah berjaya selesaikan apa2 masalah sebelum ini.

Ok sebelum bebel tak abis2 baik aku cakap apa masalah yang dapat diselesaikan dengan windows command yang satu ni.

Masalah aku adalah IE7 aku yang corrupted dan tak boleh launch. Dah berkali2 reinstall dan siap cuci segala dengan ccleaner suma pun masih tak boleh juga. Masalah ni berterusan selama berminggu2.

Ada masa je aku cuba google untuk cari penyelesaian namun tak ada yang berkesan.

Akhirnya pada hari ini aku google lagi dan jumpa lah satu forum ni yang cadangkan aku guna regsvr32 dan sfc /scannow. Oleh sebab aku tak rajin nak belajar lanjut pasal regsvr32 so aku pilih untuk guna sfc /scannow je.

Dan whalla! lepas siap je scan, terus IE7 aku jadi sihat walafiat seperti asal. Berkat maulid rasul, aku bersyukur.

Ok tu je nak bebel, lepas ni kalau ada problem pasal windows app seperti IE, Office, Explorer dan sebagainya, boleh lah cuba command line yang satu ni ya.

Caranya, start- run - taip sfc /scannow dan tekan enter. Lepas tu biar dia scan dan fix apa yang patut.
Kalau tak baik juga, sila google cara lain ya. Ok itu saja entri geek untuk kali ini.
Published with Blogger-droid v1.6.7


*edit  16/2/2011 : Hari ni dah tak boleh bukak balik.. kensel puji2an pada sfc /scannow!!! memang tak berguna! heheh


*edit 16/2 petang : Masalah masih belum dpt diatasi namun sudah ada workaround dan IE7 sudah boleh digunakan.  

*edit 24/2 : akhirnya re-profile windows baru setel segala masalah. haish windows ni cepat betul korup profilenya..

Isnin, 14 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul

Mari kita mengucapkan selawat kepada nabi saw sempena maulid rasul kali ini.
Jangan duk sibuk ingat valentine je ya. Dan untuk yg takde cuti macam saya, selamat bekerja.
Yang bercuti pula, biarlah hari cuti anda ada produktiviti agar lebih bermakna.
Dan untuk yang memilih hari ini untuk membina masjid, saya ucapkan selamat pengantin baru dan juga selamat menyambut ulangtahun hari perkahwinan.
Ok jumpa lagi!
Published with Blogger-droid v1.6.7

Selasa, 8 Februari 2011

Kembali

Hari ni aku kembali ke dept lamaku. Makan tgh hari di luar yeahh..setelah sekian lama makan di cafe ofis. Kepulanganku disambut oleh berita mengejut dari leader aku.. nampaknya masa depan aku di sini masih belum boleh dijangka bagaimana hala tujunya..
Life is just full of surprises.. insyaAllah aku akan hadapinya sebaik mungkin. Ok apa2 hal pun makan dulu!
Published with Blogger-droid v1.6.7

Isnin, 25 Oktober 2010

Beberapa hari yang lepas pada tanggal 19Oktober maka lahirlah seorang bayi lelaki ke dunia ini. Beliau adalah anak saudara saya yang ke 8, dan juga anak pertama adik lelaki saya yang berkahwin tahun lepas.
Dengan ini, raya tahun depan makin banyaklah bajet yang perlu disediakan. Tapi yalah orang putih kata, the more the merrier kan.
Dia belum diberi nama lagi, so buat masa ni dipanggil baby saja, sama dgn baby yg dlm sangkar di depan rumah.
Hari ni baby dan ibunya dah pulang ke hometown ibunya di penang untuk dijaga oleh neneknya.
Next time jumpa umurnya dua bulan nanti. Moga besar dgn sihat ya baby!

Isnin, 18 Oktober 2010

Selalunya perkara yang kita lalui setiap hari akan kita alpa terhadapnya. Cuba kita ambil sedikit masa dan perhatikan sekeliling kita, pastinya akan kita perasan banyak benda2 yang selama ini kita tidak kisah pun untuk ambil tahu.

Cubalah..dan lihat bagaimana anda rasa..