Apakah ianya? Bagi yg tidak tahu, ini adalah teh tiga lapis yang semenjak dua menjak ini menjadi kegilaan warga kota (ye ke?).
Secara amnya, teh ini adalah gula karamel di dasar, susu segar di tengah dan teh di atas (yaa ramuan saya sndiri ni tanpa Google sbb malas dan sdg tulis entri dr pembaringan).
Rasanya? Pelbagai2! Itu yang saya suka. Nak manis boleh, tawar boleh, pekat boleh cair pun boleh, semuanya bergantung kpd cara anda mengacaunya. Secara peribadi, saya suka kacau sikit2 dan menikmatinya berperingkat2 (sbnrnya takut manis sgt kononnya jaga badan). Anda bagaimana?
* Teh tiga lapis di dalam gambar di atas adalah dari Restoran Sharifah di Seksyen 8, Bandar baru Bangi.
3 ulasan:
Tak pernah jumpa di Melaka
biasanye ada kat kedai2 kopi ala kopitiam moden cmtu kak.. tp yg dlm entri ni adalah dr sebuah restoren kat bbbangi.
erm.. yummy..
I'm craving for teh 3 lapis yg enak.. :) nti nk try la kt sini..
Catat Ulasan