Selamat Tahun Baru 2010!
Melangkah ke alam baru ini, sebagai permulaan biasanya kita akan berbasa basi tentang azam tahun baru dan juga perkara-perkara yang telah kita capai pada tahun lepas. Bagi saya, tahun 2009 telah memberi pengalaman2 pahit manis kepada saya terutamanya di dalam bidang penulisan. Sebagai contoh blog ini telah saya mulakan pada tahun 2009, dengan kejayaan mencapai beberapa post di dalam setahun.
Tahun ini saya mempunyai beberapa perancangan yang saya sedang usahakan dan insyaAllah saya akan laksanakan sepenuhnya. Azam saya? Dahulu ada juga berazam-azam ni tapi sekarang kalau ditanya, entahlah. Mungkin bosan mengulang-ulang azam yang asyik tertangguh dengan seribu alasan.
Sekarang sudah pun 3hb Januari. Jika ada perkara yang hendak dilakukan, maka lakukanlah bermula pada hari ini juga. Seperti post ini. Dah lewat 3 hari sebenarnya, namun lebih baik ada daripada tiada apa-apa kan? Setiap perkara mesti ada permulaannya. Jika tidak bermula, maka tidak akan ada pengakhiran. Dan jika sudah bermula, teruskanlah tanpa berhenti separuh jalan.
Tetapkan matlamat dan halatuju, oraklah langkah yang pertama. Tiada kejayaan tanpa usaha awal. Bermulalah walaupun dari bawah. Peringatan ini saya tujukan kepada diri sendiri juga. Semoga kita dapat mencapai apa yang kita ingini, insyaAllah.
Selamat bermula!
HOMESTAY
-
Dapatkan di semua cawangan kedai buku POPULAR sekarang!
RM 10.00 sahaja.
Dapatkan buku 'TULIS NOVEL? Anda pun BOLEH!' Buku yang memberi panduan dan
tunju...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan