Khamis, 28 Januari 2010

Rut Bir Float dan Saya

Rut bir float satu! Ya, anda tidak silap dengar. Kita boleh order rut bir float dengan melaung seperti di kedai mamak. Ini adalah kerana bukan sahaja di A&W sahaja kita boleh menikmati minuman ini, tetapi kini ia sudah menjadi sebahagian menu Old Town White Coffee. Namun samada pelayan tu mahu layan atau tidak laungan kita itu perkara lain.

Okay nampaknya entri kali ini juga adalah berkenaan minuman. Kali ini adalah rut bir float atau nama melayunya bir akar terapung. Walaupun ada nama bir, tapi ia bukan dari keluarga arak mahupun memabukkan ya.

Kenapa nak minum rut bir terapung di kopitiam? Ya, bagi golongan yang sudah berumur, mungkin nama kopitiam sinonim dengan kopi cawan dan roti bakar, namun bagi anak2 muda (bukan saya ya ), ia lebih sinonim dengan kata kunci lepak dan wifi percuma. Oleh itu, senarai menu pun kita lihat sudah mengikuti kehendak golongan yang satu ini.

Pada saya pula, kadang2 saya teringin minum, itu saja sebabnya. Tapi ingatlah wahai rakan2, minuman ini mengandungi gula yang tinggi ya. Rut bir yang sejuk berkarbonat ditambah lagi dengan aiskrim vanilla yang terapung2 sambil mencair memang bunyinya menyelerakan namun janganlah minum selalu ya. Peringatan ikhlas daripada saya sebagai menyambut kempen kurangkan gula di dalam kehidupan.

Kali terakhir saya minum rut bir float ini adalah pada beberapa minggu lepas dan mungkin tidak akan minum lagi buat beberapa lama. Anda bagaimana? hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan