Rabu, 12 Ogos 2009

Mari memakai topeng

Mulai hari ini, kami diberi topeng di pejabat untuk menutup muka dari dikenali ramai. Dan juga untuk mengurangkan risiko jangkitan virus selsema babi yg telah semakin marak.

Agak janggal pada mulanya untuk memakai topeng di khalayak ramai. Mungkin sebab malu, atau tak suka dipandang, maka tak rmai org yg pakai pada waktu pagi. Saya belasah je pakai.

Dan sepanjang hari jugalah keluar lawak2 ninja, predator, optimus prime dan masked rider black disebabkan pemakaian topeng ini. Namun jika ianya dirasakan perlu untuk biasakan diri, jadi saya layankan sajalah.

Ada juga yang bila bertembung, mengelak bagaikan yg bertopeng ini mempunyai penyakit. Namun menjelang petang, yang mengelak tadi pun sudah bertopeng juga. Baguslah begitu, sekurang2nya mereka jadi sedar tentang apa yang lebih penting, malu atau mati.

Kesedaran yang tinggi saja tidak memadai, yang diperlukan oleh rakyat negara kita, malahan dunia sekarang ialah kesedaran yang disertakan dengan perlakuan. Tahu saja tidak cukup. Tahu dan buat.

Oleh itu jika tak mampu hasilkan vaksin di rumah untuk kebaikan sejagat, sebagai permulaan memadailah jika kita memakai topeng dan mengelakkan melakukan perkara2 yang lebih memburukkan keadaan. GIJoe lain kali pun boleh tengok. Shopping mall tu tahun depan masih ada lagi, kalau takde pun, pasti ada ganti shopping mall yang lain.

Sama2 kita sedar dan ambil tindakan yang sewajarnya untuk membendung wabak H1N1 ini daripada terus menerus menjangkiti seluruh rakyat Malaysia. Hari ini hari orang, hari esok siapa tahu?

3 ulasan:

Sarah berkata...

Boleh jadi model mask ni

susannah berkata...

dah start pakai dah ..arith jer susah tol nak bagi dia pakai mask..tensen aku

Camellia MK (Maria Kajiwa) berkata...

eloklah dah pakai mask
kat melaka, sapa tk pakai..di pandang pelik !

Catat Ulasan