Selasa, 11 Ogos 2009

Sepersalinan

Seperti yang telah maklum, awal bulan ini adik saya telah melangsungkan perkahwinannya. Alhamdullillah segalanya berjalan lancar walaupun terdapat sedikit insiden yang telah pun saya nyatakan pada entri yang terdahulu.

Beberapa hari selepas majlis berlangsung, adik saya dan isterinya telah berangkat ke Bali untuk menunaikan bulan madu mereka. Saya yang masih keletihan tidaklah sempat berfikir untuk memesan apa2. Dan lagi saya tidak mahu mengganggu bulan madu mereka.

Sepulangnya mereka dari sana, adik saya telah menyerahkan ole2 yang dibelinya di Bali untuk saya. Gembira rasanya dapat ole2 walaupun saya tidak memesan sebarang apa2 daripada mereka.

Iman membelikan saya seluar mandi jenama DC dan 'beach sandal' yang org Msia panggil selipar jepun. Tapi selipar2 pun beli kat Hard Rock cafe jugak tu. Nasib baik bukan Hard Rock Jagung (sapa peminat setia Ujang mungkin boleh faham lawak lama ini).

Disebabkan saya suka ambil gambar, saya pun bentangkan seluar dan selipar tu atas katil dan ambil fotonya. Lepas saya ambil gambar seluar dan selipar tu, baru saya perasan sesuatu. Adik saya berkahwin sebelum saya maka di dalam adat ianya dikira 'melangkah bendul'. Maka mungkin sebab orang dah sebut2 maka dia pun hadiahkanlah saya hadiah di atas yang merupakan sepersalinan untuk mandi di pantai! Hah tak aci sungguh! Namun saya tetap berterima kasih..heheh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan