Gerbang dan banner penyambut tetamu.
Tiba di rumah semula, krew2 catering sudah tiba dan mula menyusun meja. Busu Seman dan Uncle Salleh juga dah tiba untuk mendirikan gerbang. Saya pun menolonglah apa yang patut. Pagi itu redup dan nyaman, alhamdullillah mudah kami untuk membuat kerja2.Tak berapa lama, siaplah segala persiapan yang perlu untuk perkendurian. Brader DJ pun dah buat port kat rumah sebelah dan lagu pun dah bunyi, khemah katering kat hujung jalan pun dah mula berasap dan mereka kecoh berceloteh sambil menggoreng ayam berempah. Mama dan saudara mara serta jiran2 di dalam pun dengan celoteh mereka pula sambil tangan mengisi bakul cenderahati dengan telur yang dah direbus.
Maka tiba masanya saya bersiap. Eh bukan bersiap nak kahwin, cuma tukar bajulah, setelah berpeluh2 panjat sana bersihkan sini. Tema di rumah kami adalah warna ungu, maka saya pun bersiaplah dengan sepasang baju melayu kurung johor dan sampin seadanya. Tengok kat cermin, hmm rasa macam segak jugak (perasan), cuma mata tak cukup tidur dan rambut mengerbang tak sempat potong. Pakai songkok gerenti tak muat. Lantaklah.
Orang dah mula datang.
Dalam pukul 12 tgh hari begitu, orang sudah mula berkunjung. Bermula dengan saudara2 ayah dari Sg. Besar iaitu Pak Long Manan dan anak menantu serta cucu2nya sekali, diikuti kawan2 ayah dan mama. Sementara orang baru2 datang ni, sedara2 dan jiran2 yang menolong makan dahulu. Saya tak makan dulu sebab masih kenyang sarapan.
Jemput makan ya!
Orang semakin ramai tiba. Kawan2 Iman daripada Denso dan Western Dgital sampailah HSBC dulu pun datang jugak. Kawan2 cikgu mama, dan kawan2 persatuannya, kawan2 UKM ayah dan rakan2 penulisnya. Dan saudara-mara jauh dekat, ipar besan serta yang lain2 daripada Man bengkel sampailah kepada Joe nasi lemak kat pasar bawah tu semua hadir memeriahkan majlis.
Dan pada lebih kurang pukul 145, rombongan pengantin pun tibalah untuk berarak ke pelamin. Kompang dipalu, kipas dihayun, langkah di susun, payung dipegang, dan pasangan pengantin serba ungu berjalan perlahan2 melepasi gerbang bahagia dan melalui para tetamu menuju ke pelamin. Dan acara bersanding dan merenjis pengantin pun bermula.
Dan pada lebih kurang pukul 145, rombongan pengantin pun tibalah untuk berarak ke pelamin. Kompang dipalu, kipas dihayun, langkah di susun, payung dipegang, dan pasangan pengantin serba ungu berjalan perlahan2 melepasi gerbang bahagia dan melalui para tetamu menuju ke pelamin. Dan acara bersanding dan merenjis pengantin pun bermula.
Giliran Mama merenjis.
Bukan setakat keluarga dan sanak saudara, habis semua kawan2 dan bos2 Denso si Iman turut serta merenjis kedua mempelai. Pabila selesai, pengantin beralih ke meja makan untuk makan berhidang. Ke makan beradab, ke menghadap. Ah apa2 lah, yang penting, pengantin pergi makan. Dan selesai makan, kek pun disorong untuk upacara memotong kek. Kek yang dipotong diberi kepada para tetamu sebagai berkat.
Potong kek.
Lebih kurang pukul 4 petang, tetamu beransur2 kurang dan pihak tuan rumah yang belum makan macam saya ni ambil peluang untuk makan. Pengantin sibuk melayan tetamu2 dan saudara mara yang berbaki sambil2 ambil gambar. Dan tepat pukul empat, geng2 katering mula mengemaskan meja2 yang sudah tidak diduduki lagi, menandakan tamatlah kenduri perkahwinan pada hari tersebut.
Kami sekeluarga. Dari kiri berdiri, Rian (abg sulung), Ayah, Saya, Mama, Zainal(abg ipar) mendukung Fiqah, Alia(kakak 2nd).
Duduk dari kiri Zali(abg ipar), Susan(akak ipar) dan Harith, Emi di belakang Yana, Ita (akak 1st) dan Ecah.
Duduk dari kiri Zali(abg ipar), Susan(akak ipar) dan Harith, Emi di belakang Yana, Ita (akak 1st) dan Ecah.
Walaupun ada sedikit ralat apabila purse akak Ita telah dicuri oleh pencuri yang menyelinap ke bilik pengantin, namun kenduri tetap juga diteruskan. Moga Tuhan saja membalas kejahatan manusia2 yang sebegini. Hari berakhir dengan acara membuka hadiah pada malam hari. Gelak ketawa kemi sekeluarga terus kedengaran sehinggalah tengah malam.
Selamat Pengantin Baru kepada Iman dan Nisa!
Selamat Pengantin Baru kepada Iman dan Nisa!
3 ulasan:
Selamat Pengantin Baru juga buat kedua pengantin.
*Lain kali jangan bawa kapak..nanti tak pasal tidur dalam lokap.
hmm kapak kecil saja, lepas ketuk 2 3 papan tanda, kepalanya tanggal pulak.. ada2 saja..
he3..kapak tu pun boring bang
Catat Ulasan