Dan hasilnya, treadmill saya kekal tegak selama beberapa bulan. Adalah beberapa kali ia baring dan berfungsi sebagai treadmill yang sebenar, namun sebahagian besar masanya dihabiskan menjadi tugu yang menyempitkan bilik dan menyakitkan mata (kerana ada rasa perlu riadah namun tetap malas dengan pelbagai alasan).
Maka atas nasihat Sarah, saya telah mengeluarkannya dari bilik dan fikiran saya kembali lapang. Bagaimana dengan riadah? Oh saya ambil keputusan untuk riadah seadanya. Ya saya manusia yang lemah. Namun bagi saya jika tidak dapat buat cara ini, kita cuba cara lain.
Sebenarnya saya suka berjoging. Dahulu saya selalu berjoging. Saya nikmati larian2 saya. Saya sukakan masa saya dapat bersendirian sebegitu. Rasa aman dan tenang dan komunikasi dengan diri lebih berkesan. Maaf jika tidak faham ayat saya.
Namun suka tak bermakna saya ingin buat selalu. Tak bermakna saya ingin buat pun. Sekadar suka saja kerana pernah buat. Jika di masa depan ada rezeki saya berjoging, saya rasa saya tetap akan sukakannya.
Oh ya, joging di sini bermaksud di taman atau di tempat terbuka dan larian yang bergerak. Saya tidak suka joging di atas treadmill. Saya dah pernah cuba dan saya tak suka. Mungkin itu sebabnya ia lebih banyak tegak daripada baring. Namun tak suka tak semestinya bermakna saya tak akan buat lagi. Jika kena gayanya, ruang yang luas dan aliran angin yang bagus, mungkin saya boleh jadi suka. Saya cuma tak suka joging di atas treadmill di dalam bilik. Rasa sesak dan sebu.
Kesimpulan di sini, riadah itu tempatnya di luar bilik atau di luar rumah, maka janganlah bawa ke dalam bilik. Sudah bukan riadah namanya, tapi buang tabiat.
1 ulasan:
bukan suruh buat tugu..
Catat Ulasan