Rabu, 29 Julai 2009

Aku, Gundam dan Transformers

Ada pepatah yang mengatakan, di dalam setiap lelaki, ada seorang budak kecil (terjemahan terus :p). Ada apa dengan Gundam dan Transformers yang membuatkan kebanyakan lelaki ini lambat menjadi dewasa? Adakah zaman kanak2 sungguh indah sehingga lelaki tidak sanggup meninggalkannya untuk menghadapi dunia yang ganas? Adakah aku salah seorang daripada mereka?

Kebanyakan lelaki seperti aku membesar dengan robot dan mesin2 mainan. Ya mungkin aku dibesarkan di bandar maka semua ini adalah permainan ku. Namun mereka yang membesar tanpa semua ini, misalnya di kampung, mereka tetap ada meriam buluh atau ntah apa lagi permainan buatan sendiri, tetapi mereka tidak pula melakukan semua itu sehingga dewasa.

Jadi mengapakah kita lihat ada saja kereta2 yang menampal sticker Decepticon di cermin2 kereta mereka. Sudah pasti bukan perbuatan anak2 kecil mereka namun adalah perbuatan mereka sendiri walaupun dah jadi bapak2.

Apa yg boleh aku kata, ini semua adalah hasil daripada kapitalisme. Walaubagaimanapun aku tetap kagum dengan taktik perniagaan sebegini yang sanggup berbuat apa saja demi melariskan jualan mereka, sehinggalah kepada mengekalkan keremajaan pemikiran manusia.

Adakah jika pengekalan pemikiran sebegini akan memberi kesan yang buruk terhadap ketamadunan manusia? Mungkin juga. Lelaki yang asyik dengan dunia robot, mesin2 mainan dan permainan elektronik mungkin akan lebih lambat matang, dan ini mengganggu fitrah alam.

Lelaki yang terperangkap di dalam keremajaannya mungkin lambat berkahwin, dan jika berkahwin pun akan hampir pasti bermasalah di dalam rumahtangganya dek kerana minda yang kurang berkembang. Bukanlah aku nak kata yang semua itu berpunca daripada mainan2 ini, mungkin ada lagi faktor lain, namun tidak boleh dinafikan terus penglibatan mainan2 ini bukan?

Aku bukanlah pakar yang boleh keluarkan statistik secara tepat. Ini hanyalah sekadar renungan bersama. Yang penting, jika kita biarkan ianya berleluasa, selagi boleh dijual, kaum2 kapitalis ini akan terus mempromosi mainan2 mereka sehinggalah satu hari nanti Transformers dan Gundam dan permainan2 lain bukan hanya akan dibeli oleh para cucu, anak2 malahan oleh para datuk2 sekali!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan