Sudah banyak akuarium yang saya lihat di kedai2 mahupun di restoran2 namun akuarium kali ini adalah sedikit berbeza. Ini adalah kerana di kedai mesin jahit ini, akuariumnya adalah akuarium air masin. Macam mana nak tau air masin ke tidak? Anda boleh celup jari dan rasa dgn lidah anda samada masin atau tidak. Namun ada cara yang lebih mudah tapi perlu sedikit pengetahuan.
Tengoklah ikan2 yang berenang di dalamnya. Kalau ada ikan nemo, dory, atau paus, maka ianya adalah air masin kerana ikan2 itu adalah ikan laut. Jika ikan2 di dalamnya tidak dpt dikenalpasti, maka terpaksalah celup jari anda dan rasa airnya (risiko tanggung sendiri ya!).
Walaubagaimanapun, akuarium di kedai mesin jahit itu sgt cantik seperti di dalam gambar di atas. Mungkin gambar tak cantik sangat apatah lagi ikan2 tidak tahu duduk diam apabila saya ingin mengambil foto mereka. Namun begitu, jika dinikmati dengan mata kasar, memang mengasyikkan.
Mungkin kerana saya berbintang pisces maka saya ada kecenderungan untuk menyukai ikan, tapi memang saya tidak nafikan, saya boleh melihat ikan2 berenang di dalam akuarium berjam2 lamanya. Lagi2 jika ikan2 itu yang daripada jenis eksotik atau ikan karang macam nemo dan rakan2. Kalau setakat ikan kembung, ianya macam melihat lauk makan tengah hari saya berenang2, lantas membuatkan saya lapar pula.
Saya boleh bercerita pasal ikan sepanjang hari, mungkin akan terulang cerita tapi sememangnya banyak kisah saya dengan ikan, samada kisah pahit, manis mahupun 3 rasa dan sweet sour yummm.. Hm tengok tu sekejap saja cerita boleh terpesong, mungkin saya lapar.
Walaubagaimanapun, setakat ini saya kenal seorang saja kawan yang mempunyai akuarium air masin di rumahnya, dan daripada cerita2nya, nampaknya saya tak mampu untuk menjaga akuarium air masin yg memang serba leceh. Tapi bila tgk hasilnya, hmm memang berbaloi.
Saya rasa biarlah saya menjaga akuarium di rumah yang kini ada 2 ekor ikan emas yang semakin hari semakin buncit dek dimanjakan oleh penjaganya ini. Orang kedai tempat saya beli ikan2 ini kata, beri mereka makan 10 ketul saja makanan ikan sehari, jangan terpedaya dengan wajah comel mereka dengan mulut terbuka terkatup meminta makanan. Ini kerana mereka boleh makan tak berhenti sampai mereka mati. Tapi saya kesian juga kadang2 lalu beri mereka 2 kali sehari, lantas buat mereka jadi gemuk setanding dengan Dennis. Siapa Dennis? Nanti saya cerita lain kali ya.
1 ulasan:
Hee tak kan nak rasa airnya..tengok ikan je dah tahu jenis apa. Kat umah sarah ada akuarium ni, tapi kami suma tolong tengok je, yg jaga dan cuci semua org dr kedai yg buat sebab mereka sgt sensitif dan tk de sapa yg rajin nk belajar cara2 pengurusannya.sekian.
Sejak tgk cite nemo..srh tk bela ikan nemo lagi..kesian ayah dia tunggu kat laut he3.
Catat Ulasan