Sabtu, 26 Februari 2011

Happy Birthday to you, to me, and to this blog !!!!

Salam,

Hari ini 26 Februari!!!!! Happy Birthday saya ucapkan kepada yang tersayang Sarah, semoga terus sihat sentiasa dan ceria selalu.. love you sayang!

Juga ingin saya ucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran kepada akak Maria, moga dikurniakan kesihatan untuk melakukan apa yang akak suka.. iaitu menulis. Kesihatan mesti diutamakan ya kak.

Sempena tarikh keramat yang juga  merupakan nama blog ini , mula2 ingatkan nak post lagu ke tapi tengoklah ni dah petang baru nak tulis post. Kalau sibuk nak buat post lagu bagai karang ada yang tak sempat siap hari ni pulak nanti. Salah sayalah, tak plan awal2.

Bagaimana perjalanan harijadi saya hari ini? Hm.. pagi tadi bangun lewat sedikit pukul 9 dan mengadap pc sampai pukul 10. Lepas tu keluar pergi basuh kereta dan bfast(?) di seksyen 7 sana. Balik rumah siap2 untuk ke wedding kawan di Shah Alam.

Pergi wedding pukul 1dan pulang pukul 3. Singgah di bengkel kereta di PJ dan servis kereta. Lepas tu baru pulang ke rumah. Malam ini mungkin pergi makan dengan keluarga sebab babah balik sebentar dari Brunei.

Begitulah adanya perjalanan sehari pada harijadi saya. Tiada yang istimewa, namun tidak perlulah ada birthday blast ke apa ke kerana sedar diri ini sudah tua. Dapat sambut harijadi di dalam suasana aman damai, dan dapat ke sana ke mari menguruskan hidup dengan lancar dan sihat pun pada saya dah cukup syukur Alhamdullillah.

Cuma tahun ini saya tak dapat sambut harijadi bersama Sarah tersayang sebab dia ada urusan di Melaka. Tak apalah, tahun depan boleh sambut bersama pula kan sayang. Hugs and kisses from far for you!

 Hari ini ingat nak bercuti menulis sehari, tapi smalam pun saya tak menulis so hari ni kena menulis! Tulis apa? Ni tulis blog ni, menulis la ni heheh..

Oklah jam pun dah dekat pukul 7malam. Sebelum mengundur diri, saya ingin mengucapkan happy birthday kepada semua yang menyambut hari jadi pada hari ini, di Malaysia atau di mana2 saja di seluruh dunia.

InsyaAllah moga kita dapat bertemu lagi pada tarikh yang sama tahun hadapan, jika dipanjangkan umur olehNya. Amin..

nyum nyum

1 ulasan:

Camellia MK (Maria Kajiwa) berkata...

Terima kasih,Nad.

Hari jadi akak berlalu macam biasa saja.

Catat Ulasan