Isnin, 7 September 2009

Aku vs Mindaku

Sudah berminggu aku tidak mengepos apa2 di kedua2 blogku. Jemari ini bagaikan kelu untuk meluah deret2 perkataan, minda ini bagaikan berselirat dengan segala jenis macam perkara yang tiada dapat diterjemahkan. Konsep foto blog bertahan taksampai sebulan, ekspresia terlanda kekeringan ekspresi, lantaran diri ini yang serba tidak kena.

Aku bagaikan terlalu mendesak diriku, aku bagaikan terlalu menekan diriku untuk menghasilkan. Analisis terus menerus sememangnya membawa paralisis. Dan aku sedang lumpuh akibat percaturan mindaku sendiri.

Aku tidak tahu bagaimana untuk kulepaskan diri daripada perangkap ini. Kukira harus kutopeng wajah ini agar tidak kelihatan diriku yang tidak mahu kuperlihat. Aku ingin jemariku meluncur semula. Meluncur tanpa rasa bersalah, tanpa rasa pertanggungjawaban yang paranoia, bebas sebagaimana aku sebelum2 ini.

Mungkinkah semua ini sementara? Mungkinkah ini satu tahap evolusi? Atau hanya satu lagi simptom sinting yang terluah. Aku tidak peduli. Dan aku tidak akan berdiam diri.

3 ulasan:

Sarah berkata...

dah jadi tempat lepas perasaan nih..
memaksa diri adakalanya bagus tapi terlalu memaksa jadi stress jadi blank.
Jadi ABA !

Camellia MK (Maria Kajiwa) berkata...

Stress menutup minda separa sedar.
Mengekalkan motivasi bukan mudah, up and down itu normal, asalkan selepas down kita tetap up balik, okay.

Nadd berkata...

terima kasih sarah dan akak.. kdg2 takde tempat melepas tenaga negatif.. so jd stress.. tp tkpe nnt2 hilang juga..

Catat Ulasan