Rabu, 4 Mac 2009

Jalan2 Kota Kinabalu part 3 (finale!)

Hari ketiga dan terakhir kami mulakan dengan bangun awal pukul 6pg untuk menyaksikan matahari terbit di kawasan pergunungan Gunung Kinabalu. Er acah je.. or at least that was the plan lah. Namun begitu sbg pengembara yg tak suka ikut plan, kami telah overslept kaw2 dan hanya bangun pukul 930pg dengan alasan "ala bangun kul 930 pun kabus tebal lagi, so mesti masa matahari terbit tadi pun tak nampak apa2 kan.. " untuk menyedapkan hati sendiri.


Haa kan dah kata kabus tebal.. hotel pun dah rupa mcm dlm citer seram..

Lepas siap2 maka kami decide untuk checkout dan pergi ronda2 Kinabalu Park. Memula ingat nak singgah Poring Hot springs tp bila tgk signboard "Poring Hotsprings 32km" ke arah yang bertentangan dengan Kinabalu Park, kami decide untuk kensel je sebab jauh sangat. Lagipun buat apa pegi Gunung Kinabalu kalau tak pergi Kinabalu Park, kan? (tgk tu nak sedapkan hati sendiri lagi) Kami sampai kat sana dalam lebih kurang 15minit dan kena bayar rm3 jugak untuk entrance fee. Dari situ kami memanjat (dengan kereta lah) ke dalam sikit sehingga ke pintu di mana trekkers mula memanjat (dengan kaki) Gunung Kinabalu. Nama pintu tu adalah Timpohon.

Ni dia nye pondoknye.

Udara di Timpohon saaaaangat segar amat. Udara kat Kundasang ni dah mmg sedia segar tapi kat Timpohon ni extra segar dan nyaman. Aku rasa macam dada aku penuh oksigen dan zero pencemaran membuatkan setiap kali aku tarik nafas aku rasa nak senyum sebab sedap dan nyaman sangat rasanya. Haa mesti takleh bayangkan camne kan. Hanya perokok tegar je yg boleh rasa perasaan mcm ni heheheh (amaran merokok membahayakan kesihatan).


Jalan permulaan mendaki Gunung Kinabalu.

Ayul ajak pegi masuk dalam sikit ikut satu signboard kayu yang dah pudar dan reput bertulis "Waterfall View - 120m", tapi aku rasa yang 120m tu entah2 jarak rentas ke tempat tu. Kalau campur naik bukit turun bukit mau 1km kot. Tapi sbb nak sedapkan hati jugak, so masuklah jugak ke trek tu yang bermula dengan mendaki cerun securam 70darjah. Oklah aku layankanlah dalam 25 meter sebelum aku jerit "Give up! Give up!". So kami patah balik. Ala lagipun masa tu kabus tebal jugak so tak nampak kot waterfall tu kalau pergi pun(sedapkan hati sendiri mcm biasalah).

Ayul yang degil nak pergi jugak.

Tp yang bestnye tgh2 treking dlm hutan kat Gunung Kinabalu tu pun ada 3G jugak beb! Maxis 3G patut bg aku rebat beberapa bulan sbb promosikan coverage dia ok.

Bercinta tak habis2

Selepas itu kami turun semula ke Entrance Kinabalu Park tadi untuk amik2 gambar kat papan tanda (karang org tak percaya pulak kalau takde gambar). Ingatkan nak beli aiskrim dan ambil gambar makan aiskrim kat depan papan tanda gunung kinabalu tapi pastu fikir mcm pelancong yang jakun sgtla pulak kalau buat mcm tu so tak jadilah.

Sampai kat mana kita trekking tadi ya?

Selesai sesi fotografi, aku dan Ayul mengucapkan selamat tinggal kepada Gunung Kinabalu dan memulakan perjalanan pulang kami ke Kota Kinabalu. Ondaway balik tu la haai, berhenti singgah punya la banyak kali.

Abg Takumi tengah drift sebelah tangan turun dari Kundasang.

Antara tempat2 persinggahan kami;

1. Singgah kat gerai2 souvenir tepi2 jalan utk sambar apa yg patut. Aku rasa sedikit pelik apabila makcik kedai souvenir tu enggan bercakap tetapi hanya menggunakan kalkulator utk berkomunikasi.

2. Asal nampak view lawa je, stop kete tepi jalan dan singgah amik gambar bagaikan pelancong2 yang tidak pernah melihat gunung-ganang.

Geek in action..

Hasil yang diperolehi.

3. Singgah di "Restoran Persinggahan Mohamad" untuk brunch walaupun nama kedua2 kami bukan Mohamad. Nasib baik mereka benarkan kami singgah jugak. Kali ini saja.

4. Singgah isi minyak kereta sewa sebab nanti nak pulangkan so kena isi penuh.

5. Aziz Singgah (ok lawak tak kelakar sila buat2 tak perasan) wtf


Restoran Persinggahan Mohamad

Teh tarik raksasa!

Salah satu daripada 10 gereja St. dan Santo (sila rujuk post ini)

Kami sampai di KK around pukul 3ptg. Sebelum balik ke rumah Rama untuk ambil barang2, sempat juga kami singgah di Pasar Filipin untuk membeli barang2 yg dipesan oleh mak2, kakak2, dan lalalala yg merupakan barang2 kemas berasaskan mutiara. Walaupun dengan pengetahuan yang cetek di dalam selok belok membeli belah barang kemas ni, aku dan Ayul berjaya mendapatkan apa yang perlu dgn tawaran yang memuaskan hati kami.

Dengan senyuman di wajah yang puas dan beg plastik bergantungan di kedua tangan, bagaikan wanita2 yang puas bershopping kami berlari meredah hujan untuk kembali ke kereta dan bergerak ke rumah Rama. Oh ya masa ni Ayul ego tanak pakai GPS so kami pusing2 area Taman Antarabangsa tu 20 minit sblum jumpa rumah Rama(rilek je salahkan ayul padahal gps aku tu pun bukannye boleh pakai sangat :p).

Kami sampai di Airport KK pada pukul 530 mcm tu, just nice utk check in dan makan dulu sebelum naik flight. Lepas check in, kami berdua dan Rama dan Zarif anaknya yang comel serta MdNor makan dahulu. Kami mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada Rama dan keluarga dan juga MdNor atas hospitaliti mrk selama berada di KK. Dalam pada melambai2 tu, Ayul tertinggal topinya samada kat xray machine airpot atau ntah kat mana tah, sebagai kenang2an beliau untuk sesapa lah yg kutip topi tu.

Maka pada tepat 630ptg, berangkatlah kapalterbang AirAsia tu meninggalkan bandar KK, dengan membawa seribu satu kenangan (dan seratus lebih penumpang). Sebelum tu Srh ada kata yg aku akan sedih tinggalkan KK nanti, tp aku kata apsal nak sedih pulak kan.. But masa kapalterbang berlepas tu, aku rs ada betul juga ckp Srh tu. Setitis sayu menjengah di hati ini pabila mataku menyorot deretan lampu2 menghiasi bandar KK yang semakin lama semakin mengecil dan menjauh.

InsyaAllah, jika panjang umurku dan murah rezekiku, akan kujengah lagi bandar tenang di hujung pulau Borneo itu..

Bye-bye nemo!!

-tammat-

7 ulasan:

Sarah berkata...

mana cukup 2-3 hari pergi sana..

limaupurut berkata...

kencing lah nemo. Itu ikan bawal la.

Takumi yo! sila perhatikan stereng yang berada pada kedudukan 90 darjah daripada asal tapi brader driver tu masih tenang

Nadd berkata...

sarah : mmglah tak cukup.. tp takleh lama2 sgt, rindu nnt hehehe

limauP : ala kasi can la weh mmgla tu bawal je nemo mana ada besar2 tu..

stereng senget tu sbb alignment lari lah.. hahah

Nina berkata...

nasib bek tu member lelaki,kalo perempuan..mesti die dh campak itu hphone..asyik bercinta je..wakaka

Nadd berkata...

nina : ya itu mmber mmg mau cmpak itu hp pun tp sbb itu hp ada internet dan gps yg diperlukan utk pulang, maka dia tak boleh buat apa2 hahaha..

Camellia MK (Maria Kajiwa) berkata...

best lah,rasa nak menyorok kat sana tulis novel hi hi.

Nadd berkata...

akak : hmm menulis mmg best kat sana..(tp tak menulis pun ari tu) dok lelama sketlah baru best..

Catat Ulasan