[Picture: Reuters]
Salam semua,
Entah kenapa hati ini berasa risau. Ya, risau ini memang tentang bencana yang menimpa Jepun. Sejak Jumaat lepas, saya sememangnya mengikuti perkembangan tentang bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Jepun. Namun malam ini saya risau. Mengapa?
Kerana bencana ketiga yang melanda, iaitu kemalangan nuklear di reaktor nuklear Fukushima. Sejak hujung minggu saya semakin lama semakin rapat mengikuti perkembangan kemalangan nuklear ini. Sejak letupan di bangunan reaktor 1 sehinggalah pada malam ini entri ini ditulis, bangunan reaktor ke3 dan ke2 juga telah mengalami letupan dan reaktor ke4 pula mengalami kebakaran.
Itu yang merisaukan saya. Di dalam tiga hari ini, semua orang, semua agensi, semua kerajaan cakap rileks rileks jangan takut, ianya tak bahayakan manusia, radiasi terlalu kecil dan macam2 lagi, tapi hakikatnya? Dalam 3 hari 3 reaktor mengalami letupan! Apa yang nak rileknya?
Dan pada malam ini, lebih 12 jam setelah reaktor ke2 mengalami letupan (saya tak kata reaktor meletup, sebab yang meletup adalah bangunan yang menutupi reaktor tu saja), masih tak ada berita yang mengatakan ini adalah satu kecemasan. Mengapa?
Ya, saya tahu kalau cemas pun bukan boleh buat apa. Kalau dah nak meletup tu, bukan boleh lari mana dah. Tokyo ada 20 juta orang. Nak lari mana? Mungkin juga ini salah satu sebab mengapa kerajaan Jepun sendiri pun tak mahu bising2, atau pun memang tak boleh buat apa kalau bencana nuklear berlaku.
Ok, sila kata saya panik terlebih jika anda baca entri ini selepas Jepun sudah aman damai semula tanpa sebarang malapetaka. Saya tak rasa bersalah pun. Laagi bagus kalau takde sebarang malapetaka. Harap2 memang takde malapetaka. Hish cukuplah asik dok sebut perkataan tu je.
Pada saya, kebimbangan saya berasas. Ada 6 reaktor di Fukushima Daiichi Plant. Hari demi hari, satu persatu jadi tak stabil dan mengalami letupan. Pada masa ini diberitakan reaktor 5 dan 6 pun mungkin mengalami masalah penyejukan. Dan lagi baru 10 minit tadi, tahap krisis nuklear di Fukushima dinaikkan daripada level 4 ke level 6. 6 weh! Skala krisis nuklear ada dari 0 sampai 7 saja. Dan 7 bersamaan dengan Chernobyl, dah kira total disaster. Jadi, pada pendapat seorang manusia waras, adakah perkembangan ini positif?
Ditambah pula dengan gempa susulan yang masih berlaku. Ya diberitakan semakin kurang. Sabtu hari tu 150 gempa susulan. Hari ni dalam 50 saja. 50 weh. Kurang pun tak cukup jari nak kira tu. Dan setengah jam lepas kawan di Tokyo kata ada lagi gempa susulan pada skala 6. Mintak selisihlah segala kejadian yang tak diingini, gempa susulan itu kuasa Tuhan. Cuma risau saya bila reaktor2 yang tak stabil tu bergegar2 50 kali sehari. Bayangkanlah sendiri ya.
Ada orang kata, kita tak boleh buat apa2. Memanglah, bukan boleh tahan gempa dengan tangan. Namun begitu, perkara yang kita boleh buat, kita harus buat. Terus terang kalau saya berada di Jepun sekarang, memang saya akan larikan diri sejauh yang boleh daripada Fukushima. Ya, kita boleh lari bawa diri dan keluarga. Ajak ramai2 kalau malu lari sorang2. Bukan bermakna kita takut mati. Cuma Tuhan dah kasi akal, dan kita gunakan akal saja.
Jangan tunggu orang. Kita fikir ianya terbaik untuk kita, maka kita buat. Bencana tidak mengira berapa ramai. Tsunami telah telan beratus2 nyawa. Dan dia tak tengok pulak 'oh, kat sana ada 2000 orang berkumpul, ramai tu, kita tak payah kacau merekalah'. Tak, dia telan apa saja yang berada di laluannya. Radiasi juga sama.
Bukanlah niat saya hendak menakut2kan sesiapa. Cuma nasihat saya, jika anda berada di radius kawasan Fukushima, silalah takut. Silalah ambil tindakan sewajarnya. Larilah. Wang boleh dicari, kerja boleh dicari, rumah boleh dibina semula. Nyawa kita satu ini saja. Ya, kalau takdir kita mati, di dalam bilik air pun Tuhan boleh cabut nyawa. Tapi ingatlah, Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubahnya sendiri.
Kalau anda lari dan tiada apa2 berlaku dan semuanya selamat, Alhamdullillah syukur kita kepada Tuhan. Pulanglah semula ke Tokyo itu. Kalau anda lari dan berlaku malapetaka (minta dijauhkan), Alhamdullillah anda selamat juga kerana telah lari, InsyaAllah.
Doa saya agar kebimbangan saya ini setakat malam ini saja dan moga keadaan tidak menjadi lebih buruk lagi, InsyaAllah.
*sumber perkembangan nuklear utama saya :
http://blogs.aljazeera.net/live/asia/japan-crisis-live-blog